NAMA Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar kembali menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial selepas dia memuat naik status seakan-akan menggambarkan dirinya dalam keadaan bersedih.
Status tersebut mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen sehingga terdapat segelintir blog yang mengeluarkan artikel yang mengaitkannya dengan rumah tangga Abang Viva.
“Abang Viva dah berpisah? Abang Viva muat naik status sedih buat netizen tertanya-tanya,” tajuk artikel tersebut.
Isteri kepada Abang Viva yang dikenali sebagai Eva Noza Zakaria akhirnya tampil menafikan dakwaan dan spekulasi mengatakan rumah tangga mereka sudah berakhir.
Eva bagaimanapun berkata dia enggan mengambil tindakan undang-undang terhadap blog yang menulis artikel sebegitu, namun berharap semua pihak tidak mengeluarkan cerita yang tidak sahih.
“Berkenaan dengan 'story' ini, sebenarnya dah lama tapi Eva tak tahu kenapa sampai hari ini orang masih tanya benda yang sama. Kenapa Eva tidak saman… kenapa kami tidak saman?
“Rasanya benda ini mula-mula nampak macam kecil tapi 'hopefully' la saya harap pihak-pihak yang mengeluarkan cerita sebegini sedar akan kesahihan setiap cerita yang dikeluarkan.
“Tak perlulah benda kecil, nak saman. Kenapa Eva rasa benda ini kecil? Sebab Eva rasa mungkin salah faham, dan yang keduanya, di petikan-petikan daripada sesetengah blog atau page,” jelasnya.
Dalam pada itu, Eva menerusi video yang dimuat naik di TikTok miliknya turut berharap pihak berkenaan menurunkan artikel tersebut sebelum orang lain salah faham.
“Jadi, saya harap sangat… Eva malas nak besar-besarkan cerita ini, Eva harap sangat mereka yang post berkenaan 'story' yang tidak benar ini, sila turunkan posting anda sebelum orang lain salah faham.
“Sebelum fitnah ini berleluasa… kalau boleh post la benda berfaedah dan doa la yang baik-baik. Insya-Allah,” katanya lagi.
Terdahulu, sukarelawan terkenal dengan misi banjir itu memuat naik status di TikTok dengan mengucapkan terima kasih kepada individu yang dikatakan telah ‘berjaya’ memporak-perandakan rumah tangganya.
Untuk rekod, Abang Viva selamat mendirikan rumah tangga dengan Eva Noza pada 14 Oktober tahun lalu.
Sekitar April lalu, isteri kepada Abang Viva itu mendedahkan dia pernah keguguran dan berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan keluarga. -Gempak
Gempak
Mon Jul 10 2023
Status tersebut mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen sehingga terdapat segelintir blog yang mengeluarkan artikel mengaitkannya dengan rumah tangga Abang Viva. -Gempak
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Tahniah Wira Banjir! Hadir bersama ibu, 'Abang Viva' terima Pingat Jasa Kebaktian
Dalam istiadat itu, Azwan Omar menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) atas jasanya membantu mangsa banjir.
Banjir: 'Abang Viva' akui akan bantu mangsa di Terengganu, Kelantan
Azwan berkata, perkara tersebut masih dalam peringkat perancangan dan akan memaklumkan lebih lanjut di akaun media sosialnya tidak lama lagi.
Banjir: Abang Viva nafi kutip dana, minta orang ramai hati-hati
Sambil menafikan ada membuat kutipan dana untuk membantu mangsa banjir, Azwan, 29, juga menolak dakwaan dirinya mengenakan bayaran daripada pihak media yang ingin menemubualnya.