BUAT pendatang baharu industri muzik tanah air, Sebrian Shah, kehilangan orang tersayang pastinya meninggalkan kesan yang mendalam, apa lagi empat kesemuanya.
"Saya mengumpul kekuatan dalam berkarya kerana kehilangan empat ahli keluarga yang amat disayangi.
"Lagu Maafkan hasil ciptaan barisan komposer muda, Amzar Razqa, Ijlal Afiq dan Emeer Bakri menjadi taruhan pertama saya dalam menembusi pasaran muzik tempatan dan diterbitkan oleh Armani Entertainment Group (AEG),” jelas jejaka kacak kacukan Melayu-Melanau-Cina ini, 24 tahun.
Belajar vokal dengan Cikgu Shafi
Walaupun baharu sahaja hadir dengan single pertama, Sebrian sudah pun dalam proses menyempurnakan rakaman single kedua dan ketiga yang memerlukan penguasaan vokal yang total.
"Saya menghadiri kelas vokal bersama Cikgu Shafi yang diaturkan oleh pihak AEG sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu bagi mengasah kekuatan vokal untuk memudahkan proses rakaman seterusnya," jelas mahasiswa dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan di Lincoln University.
Dilahirkan di Johor Bahru, Sebrian sememangnya meminati bidang nyanyian sejak kecil lagi.
"Seingat saya ketika berusia 9 tahun, bapa ada menghadiahkan sebuah set karaoke kerana sedar dengan minat saya yang suka menyanyi dan pernah menyertai beberapa pertandingan nyanyian dalam Bahasa Cina dan Inggeris kerana menuntut di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan mula menyanyi dalam Bahasa Melayu sepenuhnya ketika di sekolah menengah sehingga di universiti, akhirnya bakat saya dicungkil oleh AEG dan mereka terus melamar saya menjadi artis rakaman," katanya.
Hilang 4 ahli keluarga
Single MAAFKAN dalam nuansa pop balada ini menceritakan tentang kehilangan orang tersayang di mana masa yang diberikan sangat mencemburui kehidupan yang singkat ini, hanya kemaafan yang dipinta dan penyesalan kerana tidak dapat bersama lebih lama.
"Saya telah kehilangan 4 orang ahli keluarga yang amat saya sayangi dalam empat tahun berturut-turut, sesi rakaman bermula sejurus pemergian atuk tersayang dan rakaman terakhir pula diadakan beberapa hari setelah kehilangan ibu saudara.
"Lagu ini dekat dengan jiwa saya di mana dalam menjalani kehidupan sebagai seorang siswa dan juga penyanyi, masa semakin tidak mencukupi kerana cuti semester dihabiskan dengan aktiviti nyanyian.
"Saya tidak mengeluh kerana ini adalah jalan hidup yang saya pilih demi masa depan yang cerah," tambahnya.
Masa tak boleh putar balik
Video muzik (MV) single MAAFKAN merupakan hasil idea Sebrian sendiri dengan sentuhan peribadi, “Saya hanya ingin menyampaikan mesej kepada semua bahawa masa itu amatlah berharga dan tidak boleh diputar semula, untuk mengetahui lebih lanjut, jangan lupa menontonnya di YouTube nanti!”
Lagu MAAFKAN boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, iTunes Store, YouTube Music, KKBox dan Deezer.
Manakala video single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di YouTube Armani Entertainment. -Gempak
Gempak
Sun Aug 27 2023
Dilahirkan di Johor Bahru, Sebrian sememangnya meminati bidang nyanyian sejak kecil lagi. -Gempak
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Sebrian Shah hilang 4 ahli keluarga, lagu 'Maafkan' rasa lebih hiba
Dilahirkan di Johor Bahru, Sebrian sememangnya meminati bidang nyanyian sejak kecil lagi.