awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Sejarah akan tercipta' - Konsert TRIAD bakal lakar nama dalam MBOR

Media Hiburan
Media Hiburan
20/12/2024
11:50 MYT
'Sejarah akan tercipta' - Konsert TRIAD bakal lakar nama dalam MBOR
Datuk Awie akan membuat kemunculan epik dalam konsert TRIAD, tampil sebagai penyanyi utama untuk tiga kumpulan rock: Wings, Search Kid Din, dan Dragon Malaya. -Media Hiburan
BUAT julung kali lagenda rock, Datuk Awie bakal membuat kemunculan epik menerusi sebuah konsert yang diberi nama TRIAD yang menyaksikan bintang yang terkenal dengan lagu Tragedi Oktober itu akan tampil sebagai penyanyi utama untuk tiga kumpulan rock.

Ringkasan AI
  • Datuk Awie akan membuat kemunculan epik dalam konsert TRIAD, tampil sebagai penyanyi utama untuk tiga kumpulan rock: Wings, Search Kid Din, dan Dragon Malaya.
  • Konsert ini akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 14 Februari 2025.
  • Konsert ini bakal melakar nama dalam The Malaysian Book of Records kerana seorang penyanyi mengemudi tiga kumpulan rock besar di satu pentas.
  • Tiket untuk konsert TRIAD sudah mula dijual sejak 7 Disember lalu dan boleh didapati secara dalam talian dengan harga bermula RM258 hingga RM10,000 (VIP Box).

Tiga kumpulan ikonik berkenaan ialah Wings, Search Kid Din, dan Dragon Malaya (kini dianggotai Lan Taro, Eddie Def Gab C, dan Pae).
Ditubuhkan pada tahun 1998, Dragon Malaya merupakan kumpulan pengiring untuk persembahan-persembahan solo Awie sebelum ini, termasuk di dalam projek album solonya iaitu Rentap, selain lagu-lagu ikonik seperti Kuda Tiga Kaki dan Bumi Kita Ada Naga.
Bakal ‘Gegar’ Zepp KL
Konsert anjuran oleh Rumah Produksi Merah itu bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 14 Februari 2025 jam 8.30 malam.
Lebih istimewa, konsert berkenaan bakal melakar nama dalam The Malaysian Book of Records, apabila seorang penyanyi mengemudi tiga kumpulan rock besar di satu pentas.
“TRIAD adalah tentang penyatuan atau menyatukan bunyi, tenaga, jiwa, dan semangat rock yang sebenar. Ini bukan sekadar konsert, tetapi satu malam di mana sejarah akan tercipta, dan semangat Rock akan terus hidup.
“Alhamdulillah dan sudah pastinya saya teruja untuk bersama-sama dengan peminat dan rakan-rakan legenda yang lain di atas pentas yang luar biasa ini,” katanya.
Awie turut menambah, konsert berkenaan juga merupakan satu impian jadi kenyataan memandangkan usaha untuk menggabungkan tiga band ikonik bersama seorang penyanyi bukan satu tugas yang mudah.
“Ia memerlukan doa, fokus, dedikasi, dan komitmen untuk memastikan kesihatan serta stamina berada di tahap maksimum.
“Semua ini perlu diperhatikan demi memberikan persembahan terbaik untuk para penyokong seni tanah air. Dengan izinNya, Insya-Allah,” katanya lagi.
Dalam pada itu, tiket untuk konsert TRIAD sudah mula dijual sejak 7 Disember lalu dan boleh didapati secara dalam talian menerusi laman web ubertickets.asia dengan harga bermula RM258 hingga RM10,000 (VIP Box). -Media Hiburan
Topic Berkaitan
#Awie
#Facebook
#Wings
#Search Kid Din
#Dragon Malaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan