awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selain menentang kuasa jahat, 'Justice League' perlu berlawan dengan pengkritik

Agensi
Agensi
07/11/2017
14:12 MYT
Selain menentang kuasa jahat, 'Justice League' perlu berlawan dengan pengkritik
Tenaga kerja di sebalik filem Justice League mengharapkan respons yang baik dan sokongan para peminat tegarnya. - Reuters
Jika usaha menyelamatkan Metropolis dan Gotham City daripada cengkaman kuasa jahat sudah cukup memberikan tekanan kepada sekumpulan adiwira, bayangkan pula sekiranya mereka terpaksa berdepan dengan satu lagi ‘musuh hebat’ iaitu golongan pengkritik filem.
Tenaga kerja filem inspirasi komik DC, Justice League, setakat ini masih belum mendapat maklum balas positif yang mencukupi untuk menyaingi filem-filem genre seumpamanya dari pesaingnya, Marvel.
Justice League mengetengahkan watak-watak besar dari dunia DC dan bintang ternama termasuk Ben Affleck sebagai Batman, Gal Gadot sebagai Wonder Woman, Jason Momoa sebagai Aquaman, dan Ezra Miller sebagai The Flash.
Gadot yang sebelum ini menerima pujian atas kejayaan filem Wonder Woman, berkata beliau menggunakan keyakinan tersebut untuk menghidupkan kembali watak itu dalam Justice League.
“Saya hampir tiada ‘rehat’ kerana sehari selepas berakhirnya filem Wonder Woman, saya terus ke set penggambaran Justice League.
“Saya masih dalagi dalam pembawaan karakter dan saya hanya perlu mengikut jalan cerita serta konteks setiap adegan dan hala tuju pengarah,” ujar Gadot kepada Reuters.
Sementara itu, Momoa meletakkan harapan tinggi terhadap prospek filem itu.
“Saya harap peminat akan menikmati apa yang Zack Snyder dan saya lakukan untuk watak Aquaman,” ujarnya.
Tahun lalu, filem Batman Vs. Superman: Dawn of Justice hanya meraih lebih AS$870 juta dalam kutipan box office sedunia, namun hanya mendapat penarafan 27 peratus dalam laman reviu filem, Rotten Tomatoes.
Bagi sebuah lagi francais DC iaitu Suicide Squad, menerima sambutan kurang memberangsangkan dan hanya merngutip kira-kira AS$745 juta di box office.
Lain pula dengan judul-judul filem Marvel seperti The Avengers (2012) dan Avengers: Age of Ultron (2015), yang masing-masing membawa pulang kutipan AS$1.5 bilion dan AS$1.4 bilion.
Penonton pada tahun 2017 bagaimanapun memberi sambutan hangat kepada Wonder Woman, yang meraih AS80 juta lebih tinggi daripada Dawn of Justice, serta menerima maklum balas positif.
Topic Berkaitan
#adiwira
#Aquaman
#batman
#DC
#filem
#justice league
#komik
#Marvel
#wonder woman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan