SELEBRITI antarabangsa mengutuk serangan letupan yang berlaku di Manchester, awal pagi tadi.

Media sosial kini dibanjiri dengan tweet solidariti daripada rakan industri hiburan seperti penyanyi Taylor Swift, Selena Gomez, Katy Perry dan Nicki Minaj.

“Doa saya kepada semua yang terlibat dalam tragedi Manchester,” tweet Taylor.

“Amat bersedih terhadap keluarga mangsa malam ini. Kesedihan buat Ariana. Kesedihan kepada keadaan dunia ini,” tweet Katy Perry.





Penyanyi Justin Timberlake pula menyeru orang ramai untuk menunjukkan kasih sayang sesama manusia dan bukannya melakukan kekejaman.


Pelakon filem Baywatch, Dwayne Johnson atau lebih mesra dikenali sebagai The Rock dan Priyanka Chopra turut melahirkan ucapan takziah dan doa buat mangsa dan keluarga mereka.



BACA: [LAPOR LANGSUNG] Letupan gegar konsert Ariana Grande

BACA: Penduduk hulur bantuan kepada mangsa menerusi #RoomForManchester