awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selena Gomez tiba di KL untuk persembahan konsert jelajah

Bernama
Bernama
24/07/2016
14:12 MYT
Selena Gomez tiba di KL untuk persembahan konsert jelajah
Penyanyi yang popular dengan lagu "Hands to Myself" itu dijadual mempersembahkan lagu-lagu dari album keduanya, Revival. - Twitter/@SGomezMalaysia
Penyanyi yang terkenal dengan aksi lincah di pentas, Selena Gomez tiba di Kuala Lumpur hari ini untuk menggegarkan konsert Revival Tour di Malaysia.
Selena, yang dianggap sebagai penyanyi remaja yang mempunyai bakat luar biasa, tiba pada 8 malam dan disambut oleh hampir seratus orang peminatnya di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).
Seorang pengikut kelab peminat Selena Gomez Malaysia di laman Twitter, Syazwin Aireena Norhazani, 18, memberitahu Bernama beliau dan peminat yang lain telah menyediakan buku skrap khas, mengandungi ucapan mereka untuk Selena selepas penyanyi itu meraikan sambutan hari jadinya ke-24 pada Sabtu.
VIDEO: 24th July 2016 - Selena at Kuala Lumpur International airport pic.twitter.com/PVoSiu3Eai
— SelenaGomez Malaysia (@SGomezMalaysia) July 24, 2016
24th July 2016 - Selena at Kuala Lumpur International airport pic.twitter.com/jRRb1aHdeZ
— SelenaGomez Malaysia (@SGomezMalaysia) July 24, 2016
"Kami menunggu sejak pagi tadi di lapangan terbang bagi ketibaannya dan kami juga telah menyediakan beberapa hadiah untuk beliau," kata pelajar Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya itu.
Penyanyi yang popular dengan lagu "Hands to Myself" itu dijadual mempersembahkan lagu-lagu dari album keduanya, Revival, yang dikeluarkan tahun lepas, di Stadium Melawati di Shah Alam pada malam Isnin.
Kuala Lumpur ialah destinasi persinggahan keduanya selepas persembahan di Jakarta pada Sabtu.
Topic Berkaitan
#Selena Gomez
#Syazwin Aireena Norhazani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan