awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Selepas dapat nasihat daripada ustaz, saya terima, kerana ingin berdakwah' - Ali XPDC

Gempak
Gempak
12/10/2018
00:41 MYT
'Selepas dapat nasihat daripada ustaz, saya terima, kerana ingin berdakwah' - Ali XPDC
Ali membuat kemunculan semula dengan XPDC kerana ingin menyampaikan dakwah menerusi lagu. - Foto Astro GEMPAK
VOKALIS XPDC, Ali mengakui mengambil keputusan untuk bersama semula anggota kumpulan yang lain setelah mendapat nasihat daripada seorang ustaz.
Menurut Ali, kemunculan semula dia bersama XPDC adalah untuk menyampaikan dakwah menerusi lagu yang dihasilkan oleh mereka kepada orang ramai.
"Pada awalnya sukar untuk saya menerima tawaran untuk menjadi vokalis XPDC semula namun setelah mendapat nasihat daripada seorang ustaz dia menyuruh saya untuk menerimanya.
"Kerana menurut ustaz daripada situ saya boleh menyampaikan dakwah kepada orang ramai.
"Jadi saya mengambil keputusan untuk menyampaikan dakwah melalui muzik dengan mengingatkan orang ramai mengenai akhirat menerusi album yang dihasilkan ini.
"Moga dengan lagu-lagu yang disampaikan ini sedikit sebanyak dapat memberi nasihat kepada orang ramai untuk berubah," katanya kepada Gempak.
Ali berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran album Doa di The Saddle Coffee House, Bukit Kiara, pada Khamis.
Jangan lupa untuk mendapatkan Album Doa XPDC di pasaran sekarang.
Topic Berkaitan
#akhirat
#Album
#album Doa
#Ali XPDC
#dakwah
#kemunculan semula
#Lagu
#muzik
#ustaz
#vokalis
#XPDC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan