PELAKON Puteri Sarah sudah menerima permohonan maaf terbuka daripada individu yang menabur fitnah berkenaan dirinya di media sosial baru-baru ini.

Maklum Puteri Sarah menerusi hantaran di Instagram Stories, individu terbabit telah mengakui kesilapannya dan memaklumkan telah menerima surat lantikan LOD daripada pihak peguam yang mewakili Sarah.

“Di sini, saya dengan ikhlas hati ingin memohon maaf secara terbuka kepada Puteri Sarah di sebabkan posting-posting di IG saya pada 17.7.2022 yang memberi pendapat mengenai isu rumahtangga beliau.

“Saya telah menerima surat LOD yang meminta saya untuk meminta maaf secara terbuka dan tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan Puteri Sarah ataupun keluarga.

“Saya minta maaf sekali lagi kepada Puteri Sarah dan keluarga beliau yang berasa terkesan dan terasa hati dengan posting saya.

“Saya mendoakan Puteri Sarah diberikan ketenangan dan kebahagian. Semoga segala urusan di permudahkan, Insya-Allah,” tulis individu berkenaan.

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut menulis: “Permohonan maaf secara terbuka dari pihak sana. Thank you veru much.”

Sebelum itu, seorang individu yang tidak dikenali telah melontarkan kata-kata berunsur fitnah ke atas aktres itu dengan mendakwa Sarah seorang penghasut dan sejenis memutar belit cerita.

Pada 30 Jun lalu, Puteri Sarah memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung gangguan serta pemerasan yang diterimanya daripada Ira Kazar.

Sebelum ini, rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof didakwa dilanda masalah disebabkan kehadiran orang ketiga. Puteri Sarah juga mengakui dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul.

Sekadar info, Puteri Sarah, 37, berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.

Menerusi tinjauan Gempak, Sarah telah menurunkan posting notis LOD yang sebelum ini dimuat naik di Instagramnya.

Artikel asal ini diterbitkan di portal Astro GEMPAK