SELEPAS muncul dengan single Untok Kita pada tahun lalu, duo Satwo (sebutan: Satu) menyinarkan muzik masa kini dengan Gelap.
Gelap merupakan single kedua pasangan suami isteri dari Pahang ini yang diterbitkan di bawah payung syarikat rakaman Luncai Emas Sdn Bhd.
“Gelap adalah sebuah lagu tentang seseorang yang dihantui kisah silamnya dan ingin keluar mencari sesuatu yang lebih baik untuk dirinya.
"Di hujung lagu kita dapati beliau telahpun menemui cahaya di hujung terowong,” kata Rafiz, gitaris dan vokalis Satwo.
Antara ciri-ciri unik yang ada pada muzik Satwo adalah pembawakan vokal mereka di mana vokal utama Rafiz sentiasa diiringi vokal harmoni dan ad lib oleh Maz, selaku vokalis kedua yang juga bermain piano.
Hasilnya adalah suatu pameran suara yang mencerminkan keakraban, kebersatuan dan harmoni dalam hubungan mereka berdua, dan perkara ini jelas sekali dalam Gelap.
Di sini boleh dilihat bagaimana kehidupan mencerminkan seni, dan kehidupan mereka sebagai pasangan suami isteri telah mencerminkan karya mereka.
Bagi penerbit album Satwo yang bakal dipasarkan tidak lami lagi, Ilham dari Pitahati, lagu Gelap merupakan kegemarannya.
“Gelap adalah antara lagu kegemaran saya waktu mereka menghantar demo pertama mereka kepada saya dahulu.
"Kuat hati saya merasakan bahawa lagu ini bakal ‘hit’. Lagu ini adalah antara sebab saya menawarkan diri menjadi produser album mereka,” kata Ilham.
Untuk merakamkan Gelap, Satwo telah menggunakan khidmat Aidil Azali (Iqbal M.) untuk dram, Masrin (Pitahati) untuk bass, Zahar dan Hidayat (Pitahati) untuk gitar sebagai pemuzik undangan.
Dalam lagu ini juga terdapat juga bunyi-bunyian synthesizer yang merupakan kerjasama antara Ilham dan Maz.
Bercerita lanjut tentang Gelap, Satwo menjelaskan, idea untuk lagu ini tercetus apabila Ilham memberi tugasan kepada mereka supaya menyiapkan empat lagu baharu dalam masa seminggu.
Namun mereka hanya mendapat idea satu hari sebelum menghantar demo mereka kepada Luncai Emas. Dalam keadaan tertekanlah lagu ini terlahir.
"Idea untuk lagu ini bermula dengan sebuah ukulele yang dimainkan Maz dalam gaya ‘koboi’ yang menjadi hook utama lagu ini, dan kini telah berkembang menjadi sesuatu yang lebih 'dahsyat'," kata mereka.
Pelancaran lagu Gelap disertai sebuah video muzik arahan Ameer Syafiq yang dilakukan di Mossy Forest, Cameron Highlands dan Taman Melawati.
Video ini adalah terbitan Luncai Emas dan boleh didapati di saluran YouTube Luncai Emas.
Ditanya tentang Satwo, ini jawapan ringkas Datuk M. Nasir selaku pemilik Luncai Emas, “Pop mereka unik dan tersendiri,”.
Irwan Muhammad Zain
Sun Jun 06 2021
Untuk merakamkan 'Gelap', Satwo telah menggunakan khidmat Aidil Azali (Iqbal M.) untuk drum, Masrin (Pitahati) untuk bass, Zahar dan Hidayat (Pitahati) untuk gitar sebagai pemuzik undangan. - Gambar ihsan Luncai Emas
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Selepas 'Untok Kita', Satwo muncul dengan 'Gelap'
Gelap adalah satu daripada sepuluh buah lagu di dalam album mereka yang dijangka dilancarkan hujung tahun ini.
Erti Merdeka di mata seniman
Sasterawan Negara, Datuk Seri A.Samad Said berpendapat masih ramai yang meraikan ia sekadar merayakan tanpa cuba memahami ertinya.