awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semangat makin pulih, Hafidz Roshdi mahu kembali bekerja

Gempak
Gempak
14/05/2023
14:22 MYT
Semangat makin pulih, Hafidz Roshdi mahu kembali bekerja
Jelas Hafidz, tahap kesihatannya kini sudah semakin pulih, begitu juga dengan semangatnya. - Gambar Gempak
Pelakon Hafidz Roshdi yang sebelum ini terpalit dengan kontroversi rumah tangga bersama Nurul Shuhada Shukri memohon diberikan ruang untuk mencari rezeki dalam industri seni tempatan.
Jelas Hafidz, tahap kesihatannya kini sudah semakin pulih, begitu juga dengan semangatnya.
"Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak media diatas penerbitan artikel mengenai ruang dan rezeki buat saya dalam industri.
"Saya sangat tersentuh hati dengan kepercayaan oleh Jaja Ishak, seorang penerbit yang saya hormati dan segani.
"Perkongsian dan kata-kata semangat dari beliau akan saya kenang sebagai pembakar semangat untuk terus memperbaiki diri demi memberikan yang terbaik didalam kerjaya Hafidz.
"Tahap kesihatan dan semangat diri Hafidz adalah semakin pulih. Alhamdulillah.
"Ini adalah kerana bimbingan, kepercayaan dan kasih sayang yang erat oleh setiap ahli keluarga, saudara mara, rakan-rakan, rakan-rakan selebriti dan peminat Hafidz. Hanya Allah SWT dapat membalas jasa baik kalian," ujarnya dalam satu hantaran di Instagram.
View this post on Instagram
A post shared by Muhammad Hafidz (@hafidz.roshdi)
Dalam pada itu, Hafidz memberitahu dirinya kini sudah bersedia untuk mencari rezeki dan berharap keberadaannya masih diterima ramai.
"Saya kini bersedia untuk kembali bertugas. Saya bersifat terbuka jika punca rezeki dari mana-mana industri demi untuk meneruskan tanggungjawab sebagai insan terutamanya sebagai Abah kepada kedua-dua anak kandung saya iaitu Humairah dan Umar.
"Jika pihak industri atau mana-mana pihak masih dapat menerima saya, dengan rendah diri saya dapat dihubungi melalui nombor seperti yang tertera di Instagram Hafidz.
"Saya juga terbuka untuk membuat tugasan seperti Product Review dan yang bersesuaian bagi mana-mana pihak terbabit. Asalkan saya terus menerima rezeki yang Halal.
"Hafidz mendoakan dan berharap dapat menjalani hidup sebagai insan seperti sebelum ini dan seperti kalian di samping isu peribadi yang saya percaya akan diadili tanpa menjejaskan mutu kerja dan komitmen kerja saya," tambahnya.
Untuk rekod, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2. - Gempak
Topic Berkaitan
#industri seni
#Instagram
#Hafidz Roshdi
#pembakar semangat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan