awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iskandar Ismail berjaya muncul juara Gegar Vaganza 12
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Wanita warga Taiwan ditemukan lemas di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Sembunyi" filem terbaik Anugerah PROFIMA 2013

Bernama
Bernama
27/10/2013
23:19 MYT
"Sembunyi" filem terbaik Anugerah PROFIMA 2013
Filem 'Sembunyi' dinobatkan filem terbaik pada majlis Anugerah Persatuan Profesional Pekerja Filem Malaysia (Profima) 2013 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi.
Pengarahnya, Khabir Bhatia turut merangkul Anugerah Pengarah Filem Terbaik bagi membolehkan beliau membawa pulang trofi dan sijil penghargaan yang disampaikan Presiden Profima Khir Mohd Noor.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek merasmikan majlis itu. Turut hadir Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Raja Rozaimei Raja Dalnish Shah.
Sementara itu, Anugerah Drama Siri Televisyen terbaik digondol Syarikat Zeel Production Sdn Bhd menerusi drama bertajuk 'Ameera' manakala Telemovie Terbaik dimenangi Suhan Movie & Trading Sdn Bhd melalui 'Perempuan itu ibuku'.
Kategori Dokumentari Terbaik pula dirangkul Measat Broadcast Network Systems & Discovery Network Asia Pacific menerusi 'Reef Rescuers'.
Pada majlis itu, tiga individu menerima Anugerah Profima 2013 iaitu pelakon Datuk Mohamed Noor Shamsuddin atau Rosyam Nor, Pengarah filem tempatan Bade Azmi dan Profesor Madya Abdul Razak Mohaideen sebagai menghargai sumbangan mereka dalam merancakkan industri filem tanah air.
Topic Berkaitan
#filem
#Profima
#sembunyi
#Shabery Cheek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan