awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
Bergaduh: Tiga sekeluarga, seorang artis Singapura didakwa
Cakra Khan, Hafiz Suip antara artis undangan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sepahtu Reunion Live: Kehilangan besar namun ada hikmah di sebalik kekosongan Shuib

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
05/10/2021
03:31 MYT
Sepahtu Reunion Live: Kehilangan besar namun ada hikmah di sebalik kekosongan Shuib
Jep (dua dari kiri) ketika diwawancara AWANI Pagi menyifatkan ketiadaan Shuib sebagai kehilangan besar, namun berasakan ada hikmah di sebalik keputusan tersebut. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sepahtu Reunion Live kembali untuk musim kelima.
Bagi penggemar program komedi ini, anda mungkin merasakan ada kelompongan dengan ketiadaan Shuib sebagai teraju utama.
Menurut ahli kumpulan Sepahtu, Jep, ketiadaan Shuib disifatkan sebagai kehilangan besar namun mengakui ada hikmah di sebalik keputusan tersebut.
Bagi Jep, ketiadaan Shuib dilihat sebagai pembuka rezeki kepada pelawak lain terutama mereka yang otai dalam industri seni.
"Sebenarnya ketiadaan Shuib memang satu kehilangan besar buat kami. Tetapi kita perlu fikir satu benda, program perlu diteruskan.
"Walaupun dia (Shuib) tidak dapat lakukan, kita perlu cari alternatif lain.
"Bagaimana nak cari ganti itu memang susah, tetapi kita mencari orang yang dapat memudahkan urusan kita.
"Kita cari pengganti yang menepati piawaian sama macam Shuib.
"Saya turut menganggap kekosongan itu adalah untuk kita berkongsi rezeki dengan pelawak otai kerana kita tahu kadang-kadang tak semua mengalami nasib yang sama.
"Jadi ini adalah satu cabaran namun ada hikmahnya," jelasnya.
Sepahtu Reunion Live: Ada hikmah di sebalik kekosongan Shuib
Jep berkata demikian dalam program AWANI Pagi segmen Selebriti Selasa yang disiarkan pagi tadi.
Menyentuh mengenai pemilihan artis jemputan dalam program tersebut, seorang lagi teraju utama Sepahtu Reunion Live, Rahim menjelaskan setiap kriteria diteliti bagi memastikan jalan cerita dapat disampaikan dengan sebaiknya.
"Bukan sahaja soal idea yang diteliti tetapi dari segi artis jemputan juga kita adakan perbincangan dengan pihak produksi.
"Ada beberapa kriteria yang perlu kita ambil kira, antaranya mengikut jalan cerita, umur, watak, itu memberikan gambaran siapa dan bagaimana artis jemputan untuk minggu itu.
"Memang kita ada senarai yang disediakan merangkumi beberapa nama yang ktia cadangkan yang perlu bersesuaian dengan watak pada satu-satu episod," ujarnya.
Sepahtu Reunion Live: Apa kejutan dalam musim ke-5 ini?
Jangan lupa saksikan Sepahtu Reunion Live musim ke-15 setiap Khamis jam 9 malam di saluran Astro Warna.
AWANI Pagi: Selebriti Selasa | Sepahtu Reunion Live kembali!
Topic Berkaitan
#Sepahtu Reunion Live
#Shuib
#Jep
#rahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan