Forum Ekonomi Dunia (WEF) hari ini telah mengumumkan tiga pemenang bagi Anugerah Tahunan Kristal yang ke-24 iaitu pelakon terkenal dari Australia, Cate Blanchett, penyanyi dan komposer dari UK, Elton John dan pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan.
Anugerah ini diberikan sebagai penghargaan di atas kejayaan artis-artis terkemuka itu yang menjadi ikon kepada semua pemimpin masyarakat. Para penerima anugerah akan diberi penghormatan pada sesi pembukaan WEF di Davos-Klosters, Switzerland, 22 Jan nanti.
"Kami dengan besar hati mengucapkan tahniah kepada penerima-penerima anugerah Tahunan Kristal yang ke-24. Komitmen mereka dalam mengangkat isu kemanusiaan telah memberi inspirasi kepada kita semua, rasa ihsan sebegini sangat diperlukan kita dalam setiap perkara," Hilde Schwab berkata selaku Pengerusi dan Pengasas WEF, yang bakal menyampaikan anugerah tersebut.
PENERIMA ANUGERAH
Cate Blanchett: kepimpinan beliau dalam meningkat kesedaran isu pelarian
Blanchett merupakan pelakon terkenal antarabangsa dan juga terkenal dalam bidang pengarahan pementasan dan skrin. Pada 2016, beliau dilantik sebagai duta kepada Global Goodwill United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) di atas komitmen beliau dalam menyatakan pandangan, meningkatkan kesedaran malah menyumbang kepada pengumpulan dana untuk pelarian. Antara kem pelarian yang telah beliau kunjungi seperti Lebanon, Jordan, dan termasuk tanah airnya, Australia. Beliau berjaya meningkatkan kesatuan dan tanggungjawab bersama bagi membantu kira-kira 65 juta orang yang tidak mempunyai rumah di seluruh dunia. Tambahan pula, Blanchett juga telah menggunakan kreativitinya bagi memberikan fokus berkaitan isu-isu kemanusiaan.
Blanchette berkata, "Sebagai duta Goodwill UNHCR, tugas saya mudah: untuk membantu mereka yang terpaksa menjadi pelarian dan untuk menyatakan pendirian kita terhadap isu pelarian."
Sir Elton John: kepimpinan beliau dalam membanteras HIV/AIDS
Sir Elton John ialah antara pemuzik solo yang paling berjaya di dunia, dengan kerjaya beliau mencecah hampir 50 tahun. Dengan 35 emas dan 25 album platinum, beliau telah berjaya menjual lebih 250 juta di seluruh dunia. Pada 1992, beliau menubuhkan Elton John AIDS Foundation (EJAF), yang sehingga hari ini menjadi salah sebuah organisasi HIV/AIDS yang terkemuka. EJAF telah menyumbang lebih dari US$400 juta (RM1.57 bilion) untuk menampung ratusan rawatan, perkhidmatan dan program HID/AIDS di seluruh dunia. Pada 1998, Ratu Elizabeth menamakan Sir Elton John, Pahlawan Empayar British disebabkan khidmat beliau dalam muzik dan sumbangan amal. Baru-baru ini, John menerima Anugerah Humanitarian Peter J. Gomes Yayasan Harvard.
John berkata: "AIDS menjadi punca utama kematian wanita mengandung, namun ubat dan cara penyembuhannya masih belum lagi dijumpai. Jika kita mahu melihat masa depan yang cerah, masalah ini harus kita atasi segera mungkin. Apa yang penting ialah keikhlasan kita."
Shah Rukh Khan: kepimpinan dalam mengangkat hak kanak-kanak dan wanita di India
Shah Rukh Khan merupakan seorang pelakon Bollywood terkenal yang sering kali menjadi watak utama di dalam dunia perfileman India selama lebih 30 tahun. Beliau juga merupakan pengasas Yayasan Meer iaitu sebuah yayasan yang memberi sumbangan kepada mangsa serangan asid sesiapa yang cedera akibat terbakar, khususnya golongan wanita. Antara sumbangan yang diberikan termasuklah rawatan perubatan, bantuan guaman, latihan vokasional dan bantuan tempat tinggal. Artis terkemuka ini juga menubuhkan pusat jagaan kanak-kanak dan memberikan bantuan rawatan percuma kepada kanak-kanak yang mengidap penyakit kanser.
Katanya: "Saya sendiri telah berkesempatan untuk menemui mangsa-mangsa serangan asid. Saya telah menyaksikan bagaimana sebuah kebaikan telah menjadi sebuah kuasa luar biasa yang membantu untuk menyembuhkan sebuah luka."
Agensi
Mon Jan 22 2018
(dari kiri) Sir Elton John, Cate Blanchett dan Shah Rukh Khan merupakan pemenang Anugerah Tahunan Kristal yang ke-24 di WEF di Davos, Switzerland.
Permohonan Halim Othman ikut prosedur
Myra Natasya Abdullah mendedahkan Halim telah meletakkan maklumat sebagai bapa di sijil kelahirannya tanpa pengetahuannya.
Raphael Varane umum berpisah dengan Manchester United
Pertahanan Perancis itu yang kini diketepikan akibat kecederaan bakal meninggalkan The Red Devils selepas tiga tahun di Old Trafford.
Protes pro-Palestin di Israel sempena 76 tahun Nakba
Kira-kira 3,000 orang berarak di sepanjang laluan berhampiran lebuhraya utama - dalam apa yang digelar sebagai return march, yang telah diadakan setiap tahun sejak 27 tahun lalu.
AWANI Pagi: Hari Belia - Pemimpin belia wanita dalam pembuatan keputusan
Pemimpin belia wanita bukan sahaja membawa suara wanita, tetapi juga menyuarakan keperluan pelbagai kumpulan belia.
Bersempena Hari Belia 2024, ikuti temu bual program #AWANIPagi yang membincangkan peranan penting pemimpin belia wanita dalam membentuk masa depan negara.
#AWANInews #AWANIPagi
Bersempena Hari Belia 2024, ikuti temu bual program #AWANIPagi yang membincangkan peranan penting pemimpin belia wanita dalam membentuk masa depan negara.
#AWANInews #AWANIPagi
Kemboja rai ulang tahun keputeraan ke-71 Raja dengan persembahan bunga api
Persembahan bunga api yang memukau itu berlangsung kira-kira 20 minit dan letupan warna-warninya menarik perhatian orang ramai.
Lelaki dikejar polis selepas cuba merampas sebuah treler
Lelaki itu dibawa ke hospital selepas ditembak di dada semasa proses tangkapan dilakukan.
Pemindahan pokok tidak disaran kerana ia memudaratkan sistem ekologi - Pakar
Tambahnya lagi, pemindahan untuk satu pokok juga bukanlah sesuatu perkara yang murah dan ia sekali gus memerlukan satu teknikaliti yang sangat tinggi.
Kerajaan cadang Akta Pembangunan Hartanah bagi Semenanjung Malaysia - Nga
Beliau berkata, inilah masanya untuk kerajaan mempertimbang akta yang lebih komprehensif, telus dan bertanggungjawab.
Sindiket dadah tumpas, lelaki ditahan bersama 20 bungkus heroin
Suspek direman selama enam hari bermula Selasa hingga 19 Mei bagi membantu siasatan.
Strategi Singapura sesuai diadaptasi di Malaysia untuk pulihara keadaan pokok - Pakar
Usaha konservasi pokok warisan menerusi Heritage Tree Scheme yang dilaksanakan Lembaga Taman Negara Singapura (NParks) boleh dijadikan contoh.
WEF2018: Rupanya ini sebab Datuk Shah Rukh Khan takut wanita
"Saya sendiri takut kepada wanita. Saya takut kerana ramai wanita terlalu mencintai saya," demikian seloroh Datuk Shah Rukh Khan yang disambut gelak tawa penonton.