awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
Arsenal sahkan Mikel Merino akan jalani pembedahan kaki
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shah Rukh Khan cedera ketika penggambaran, jalani rawatan di Amerika Syarikat

Gempak
Gempak
20/07/2025
09:17 MYT
Shah Rukh Khan cedera ketika penggambaran, jalani rawatan di Amerika Syarikat
Kecederaan tersebut dialami Shah Rukh sewaktu melakukan babak lasak di sebuah studio menerusi naskhah Siddharth Anand, King. - Gambar/ Gempak
Bintang Bollywood Shah Rukh Khan mengalami kecederaan sewaktu menjalani penggambaran filem terkininya di Mumbai, India.

Ringkasan AI
  • Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan mengalami kecederaan otot semasa menjalani penggambaran filem terbaharunya berjudul *King* di Mumbai ketika melakukan babak lasak di bawah arahan Siddharth Anand.
  • Walaupun kecederaan tidak serius, Shah Rukh dinasihatkan berehat selama sebulan dan dijangka mendapatkan rawatan di Amerika Syarikat. Penggambaran filem yang dijadualkan pada Julai dan Ogos telah dibatalkan dan dijangka disambung selepas September.
  • Shah Rukh tidak mengambil mudah insiden tersebut dan memilih untuk memberi tumpuan kepada proses pemulihan sebelum kembali ke set penggambaran.

Kecederaan tersebut dialami Shah Rukh sewaktu melakukan babak lasak di sebuah studio menerusi naskhah Siddharth Anand, King.
Satu sumber memberitahu meski tidak ada kecederaan serius kecuali melibatkan otot, Shah Rukh dinasihatkan untuk berehat selama satu bulan daripada penggambaran. Bintang itu juga didakwa mahu mendapatkan rawatan di Amerika Syarikat.
“Shah Rukh sedang menjalani penggambaran di Mumbai dan tercedera. Bagaimanapun kami tidak mempunyai butiran lanjut mengenai kecederaan yang dialami.
“Walaupun dipercayai ia tidak begitu serius namun beliau tidak mengambil mudah tentang insiden tersebut.
“Beliau akan mendapatkan rawatan di Amerika Syarikat dan telah diminta berehat selama satu bulan,” ujar sumber tersebut seperti dilaporkan Hindustantimes.
Sumber sama memberitahu ekoran itu penggambaran filem yang dijadual berjalan pada Julai dan Ogos ini telah dibatalkan. Penggambaran filem King dikatakan akan kembali selepas September.
“Sehingga itu, Shah Rukh dinasihatkan untuk berehat dan memberi fokus pulih,” kata sumber itu. - Gempak
Topic Berkaitan
#Shah Rukh Khan
#cedera
#rawatan luar negara
#penggambaran filem
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan