HIBURAN
Shah Rukh Khan sambut Aidilfitri bersama peminat

Shah Rukh Khan juga dilihat melakukan beberapa aksi menarik khas untuk peminatnya di Aidilfitri. - Foto Instagram/@iamsrk
Pelakon terkenal Bollywood Shah Rukh Khan sempat meraikan Aidilfitri bersama peminatnya di halaman rumah.
Pelakon itu juga menyampaikan ucapan Aidilfitri kepada peminatnya dan turut bergambar bersama mereka dari beranda kediamannya.
Menerusi akaun Twitter miliknya, Shah Rukh Khan berkongsi gambar ‘selfie’ bersama ratusan peminatnya yang berkumpul di luar kediamannya.
"Terima kasih kerana meraikan Aidilfitri bersama saya. Semoga kalian semua sentiasa dirahmati," katanya.
Shah Rukh Khan juga dilihat melambai kepada mereka dan melakukan beberapa aksi 'comel' untuk peminatnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami