awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sheila Amzah cipta lagu untuk bekas kekasih

Astro Awani
Astro Awani
16/02/2013
10:18 MYT
Sheila Amzah cipta lagu untuk bekas kekasih
Sehubungan kemelut yang dihadapi Shila Amzah sejak kebelakangan ini, menerusi akaun twitternya, Shila memuat naik lagu terbarunya yang bertajuk “Masih Aku Cinta”.
Lagu itu ditujukan buat bekas kekasihnya, Sharnaaz Ahmad yang dimuat naik pada pukul 5.30 petang Khamis yang juga diletakkan di laman Youtube oleh peminat.
Lagu dengan iringan petikan guitar itu disifatkan sebagai gambaran perasaan Shila ketika ini.
Antara lirik yang terkandung dalam lagu terbarunya itu ialah “Satu dunia menentang cinta kita, akhirnya kita terpisah jua”.
Shila sebelum ini menerusi akaun twitter menyatakan, dia bersyukur kerana Sharnaaz pernah menjadi sebahagian dari hidupnya.
Kemelut perhubungan mereka tercetus selepas N.D Lala tidak bersetuju dengan hasrat Sharnaaz untuk merisik Shila pada Mac ini.
Keadaan menjadi lebih tegang apabila Shila melarikan diri dari keluarganya selama enam hari sehingga bapanya membuat laporan polis.
Sebelum itu, Shila memuat naik rakaman kesedihannya di laman Youtube sambil menangis teresak-esak ketika menyanyikan lagu “Ombak Rindu”.
Topic Berkaitan
#Masih Aku Cinta
#N.D. Lala
#Sharnaaz Ahmad
#Sheila Amzah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan