awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sherie Merlis kesal berita palsu dia meninggal dunia

Gempak
Gempak
02/04/2023
06:00 MYT
Sherie Merlis kesal berita palsu dia meninggal dunia
Sherie Merlis kesal apabila sebuah laman blog menulis berita mengesahkan dia sudah meninggal dunia tanpa rasa bersalah dan tidak bertanggungjawab. -Gempak
PELAKON Sherie Merlis kesal apabila sebuah laman blog menulis berita mengesahkan dia sudah meninggal dunia tanpa rasa bersalah dan tidak bertanggungjawab.
Kata Sherie, berita berkenaan telah mengejutkan ahli keluarganya dan mula menghuru-harakan keadaan.
"Berita ini bukan sekadar mendatangkan dukacita dan terkejut buat family kerana jika sahih kabar ini, sudah semestinya ahli keluarga rapat iaitu adik beradik saya serta anak-anak saya lah yang akan terlebih tahu hal ini," tegasnya.
Sherie meluah rasa ketidakpuasan hatinya terhadap pemilik blog berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Kata Sherie sepatutnya pihak berkenaan pastikan kesahihan berita sensitif itu sebelum menyiarkannya.
"Pihak yang mengeluarkan berita atau kenyataan 'Sherie Merlis Meninggal dunia' tanpa ada rasa bertanggungjawab untuk pastikan kesahihan dan butiran hal tersebut .
"Apabila perkara yang penting dan sensitif ini mereka kendalikan tanpa adab ... lalu, tanpa mereka sedar, ia jelas memperlihatkan tiadanya ilmu mereka berkaitan hal ini..," tegasnya.
Justeru, Sherie meminta agar semua pihak berhenti menghubungi pihak keluarganya mengenai hal yang tidak benar itu.
"Saya mewakili pihak family, mohon sangat agar mana-mana pihak, berhenti menghubungi saya dan ahli keluarga untuk bertanya tentang hal ni, buat sementara waktu. Dan terima kasih kerana memahami," pintanya.
Kemas kini berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut meminta agar Sherie mengambil tindakan terhadap pihak berkenaan. -Gempak
Topic Berkaitan
#Sherie Merlis
#berita palsu
#meninggal dunia
#laman blog
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan