awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aaron-Wooi Yik gagal ke final Terbuka India
Trump bertanggungjawab atas kematian rakyat Iran semasa rusuhan - Ali Khamenei
Pearly-Thinaah terkandas di separuh akhir Terbuka India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'She’s our living legend' - Netizen bangga, nama dan pencapaian Siti Nurhaliza dalam buku teks Filipina

Gempak
Gempak
22/08/2025
08:00 MYT
'She’s our living legend' - Netizen bangga, nama dan pencapaian Siti Nurhaliza dalam buku teks Filipina
Nama dan kisah hidup Datuk Seri Siti Nurhaliza dimuatkan dalam buku teks sekolah menengah Tingkatan 3 di Filipina sebagai contoh pembelajaran. -Gempak
BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menyorot perhatian netizen selepas nama dan kisah hidupnya dipercayai dipaparkan dalam sebuah buku teks sekolah menengah di Filipina.

Ringkasan AI
  • Nama dan kisah hidup Datuk Seri Siti Nurhaliza dimuatkan dalam buku teks sekolah menengah Tingkatan 3 di Filipina sebagai contoh pembelajaran.
  • Perkara ini disahkan melalui komen pengguna TikTok dan gambar halaman buku yang dikongsi oleh individu lain.
  • Netizen Malaysia meluahkan rasa bangga dan teruja atas pengiktirafan tersebut terhadap ikon muzik negara di peringkat antarabangsa.

Perkara itu mula mendapat perhatian selepas seorang pengguna TikTok dipercayai berasal dari Filipina meninggalkan komen bertanya kepada Siti mengenai perkara tersebut.
“Awak ke yang ada dalam buku teks Tingkatan 3 (Grade 9) di Filipina? Saya pernah nampak masa masih jadi pelajar Tingkatan 3.
"Buku teks subjek Filipina saya ada satu halaman kisah tentang awak,” tulis individu berkenaan.
Siti yang membaca komen itu kemudian membalas dengan tanda hati berwarna merah, seakan memberi isyarat jawapan kepada pertanyaan berkenaan.
Lebih mengujakan, ada juga individu lain yang turut berkongsi gambar halaman buku teks berkenaan sekali gus mengesahkan pencapaian penyanyi lagu Bukan Cinta Biasa itu sememangnya dijadikan sebagai contoh dalam pembelajaran di negara jiran tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa teruja dan bangga apabila mengetahui Siti Nurhaliza menjadi sebahagian daripada buku teks rasmi di luar negara.
“She’s our living legend.
"Wah..masuk buku teks ye, subjek apa tu. kat buku teks sini takde pun masuk.
“Wow! Queen kita ada dalam buku sekolah Filipina, serius lah? OMG!” komen beberapa warganet. -Gempak
Topic Berkaitan
#Siti Nurhaliza
#buku teks sekolah menengah
#Tingkatan 3 di Filipina
#Filipina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan