awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit kukuh berbanding dolar AS berikutan daya tahan ekonomi
WEF2026: Dialog, adab, bukti elemen penting tangani manipulasi maklumat – Jemilah Mahmood
Mahkamah Korea Selatan bebaskan lelaki dihukum mati 50 tahun lepas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shila Amzah, Haris selamat diijab kabul

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
19/04/2018
10:49 MYT
Shila Amzah, Haris selamat diijab kabul
Dengan sekali lafaz, penyanyi Shila Amzah sah bergelar isteri kepada Haris. -Foto ANH Events
DENGAN sekali lafaz, penyanyi Shila Amzah sah bergelar isteri.
Majlis pernikahan bertemakan ‘pure forest garden featuring bohemian wood’ itu berlangsung di kediaman Shila di Cheras sekitar jam 6 petang hari ini.
Shila, atau nama sebenarnya, Nurshahila Amzah selamat diijabkabulkan dengan Haris Idraki Elias berwalikan bapa Shila sendiri, Amir Amzah Salleh.
Akad nikah disaksikan Ustaz Helmi Saadon dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Shila menerima mas kahwin RM888 daripada pihak lelaki namun jumlah hantaran yang dipersetujui keluarga tidak didedahkan.
Shila tampil bergaya dengan busana yang diilhamnya sendiri.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran 400 tetamu termasuk keluarga dan rakan-rakan terdekat dua mempelai ini.
Pihak pengurusan ANH Events dalam satu kenyataan berkata majlis resepsi Shila dan Haris akan diadakan pada 22 April ini di sebuah hotel terkemuka di Putrajaya.
Terdahulu, Shila dan Haris mengikat tali pertunangan pada 3 November lalu.
Topic Berkaitan
#Nurshahila Amzah
#perkahwinan
#pernikahan
#Shila Amzah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan