awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Eizlan Yusof kongsi khabar gembira kelahiran cahaya mata kedua
Bas terjunam ke dalam gaung di lokasi pelancongan Turkiye, 8 maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shila Amzah teruja bakal adakan konsert di Dewan Filharmonik PETRONAS

Gempak
Gempak
01/02/2026
10:45 MYT
Shila Amzah teruja bakal adakan konsert di Dewan Filharmonik PETRONAS
Bagi Shila peluang membuat persembahan di pentas berprestij DFP bukan sekadar konsert biasa, sebaliknya satu impian yang akhirnya menjadi kenyataan. - Foto Gempak
SEJAJAR dengan usaha berterusan untuk menyajikan muzik pelbagai genre kepada semua lapisan masyarakat, Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dengan bangganya mempersembahkan sebuah konsert solo oleh penyanyi dan komposer berbakat Shila Amzah.
Konsert yang dijadualkan pada jam 8.00 malam, Sabtu, 9 Mei 2026, itu membawakan tema Resonance: Shila Amzah In Harmony – 25 Years of Music & Memories.
Bagi Shila, peluang membuat persembahan di pentas berprestij DFP bukan sekadar konsert biasa, sebaliknya satu impian yang akhirnya menjadi kenyataan.
“Saya sangat-sangat teruja sebab ia merupakan impian bagi seorang penyanyi, ahli muzik untuk bermain di DFP ini sebab kita tahu DFP ini lain dengan venue lain.
“Secara peribadi, ini salah satu pencapaian terbaik untuk diri saya sendiri,” katanya.
Dalam masa sama, Shila yang juga isteri kepada pempengaruh Ubai mengakui masih giat melakukan persiapan rapi demi memastikan persembahan terbaik dapat diberikan kepada penonton.
Menurutnya, sifat ‘perfectionist’ yang ada dalam diri membuatkan dia sentiasa mahu setiap aspek konsert berada pada tahap maksimum.
“Dari segi persiapan Alhamdulillah, there's still a bit of changes. Disebabkan kita dekat DFP ini dia punya nervous tu lain macam sikit and I am quite a perfectionist.
“So, it's like benda tu yang kadang-kadang menyukarkan kerja orang-orang di samping saya. Tapi kita cuba untuk membuatkan hasil yang best lah yang sama-sama kita semua akan merasai puas,” katanya.
Tambah Shila berseloroh, debaran menjelang hari konsert mungkin akan lebih terasa apabila tarikh semakin hampir.
“So far okey lagi. Belum kelam-kabut. Nanti bila dah dekat konsert, bulan April nanti tengoklah muka kita orang, mungkin dah pucat,” katanya sambil ketawa.
Konsert ini dijangka menjadi malam penuh emosi dan nostalgia, menghimpunkan deretan lagu-lagu hits serta momen bermakna sepanjang perjalanan seni Shila Amzah, sekali gus menjanjikan pengalaman muzik yang cukup istimewa buat para peminat. -- Gempak



Topic Berkaitan
#Shila Amzah
#konsert
#Dewan Filharmonik Petronas
#Resonance Shila Amzah In Harmony
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan