awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shuib titip pesan buat para suami sempena setahun pemergian Siti Sarah

Gempak
Gempak
10/08/2022
03:20 MYT
Shuib titip pesan buat para suami sempena setahun pemergian Siti Sarah
Semalam, genap setahun penyanyi Siti Sarah Raissuddin pergi menghadap Yang Maha Esa. -Gempak
SEMALAM, genap setahun penyanyi Siti Sarah Raissuddin pergi menghadap Yang Maha Esa.
Sungguhpun masa telah menjarakkan duka, namun kehilangannya masih tetap terasa.
Kenangan pemergian arwah dikongsi suami, Shuib Sepahtu.
Menerusi kemas kini Instagram, Shuib berkongsi video yang disifatkan sentiasa membuatnya mendakap rasa sedih.
“9 Ogos 2022. Genap setahun sayang pemergian you. Inilah video yang selalu buat I sedih yang teramat.
"Masa ni pregnant lima bulan, you nak sangat makan dekat tempat favourite you.
“Berkali-kali call sebab nak ajak pergi makan. Bila I pergi ambik, buat pulak muka comel dengan manjanya sekali.
"Alhamdulillah dapat you makan kat tempat yang you nak,” tulis Shuib.
Selain berkongsi mengenai situasi yang dirakam bersama arwah isteri tersayang, Shuib juga berpesan kepada para suami supaya sentiasa peka dengan permintaan orang yang disayang.
Tambah Shuib, permintaan tersebut barangkali boleh jadi permintaan terakhir mereka.
“Pada suami semua, selagi mana kita boleh tunaikan permintaan orang yang kita sayang, cubalah sehabis baik untuk memenuhi segala permintaan kerana mungkin itu adalah permintaan yang terakhir.
“Terima kasih yang terus mendoakan Siti Sarah, semoga kita semua diberkati dan dirahmati dunia dan akhirat. Amin. Al-Fatihah buat Siti Sarah Bt. Raissuddin.
Untuk rekod, allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus COVID-19. -Gempak
View this post on Instagram
A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)
Topic Berkaitan
#Siti Sarah
#Shuib Sepahtu
#pesan buat para suami
#permintaan terakhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan