awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siapa di balik topeng? Astro Warna tampil dengan The Mask Singer Malaysia

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
10/09/2020
09:29 MYT
Siapa di balik topeng? Astro Warna tampil dengan The Mask Singer Malaysia
Program ini turut menampilkan figura-figura hebat seperti Ella, Raja Azura, Michael Ang, Zizan Razak dan Datuk Aznil Hj Nawawi sebagai juri tetap. - Foto Astro AWANI
SUDAHKAH anda bersedia untuk meneka siapakah penyanyi hebat di balik topeng?
Cabaran itu yang dilontarkan buat penonton saluran Astro Warna yang bakal menampilkan sebuah program hiburan terbaharu, The Masked Singer Malaysia.
Program yang diadaptasi daripada program hiburan Korea Selatan, ‘The King of Mask Singer’ itu akan menampilkan peserta yang terdiri daripada nama-nama hebat yang hadir dari pelbagai cabang seni.
The Masked Singer Malaysia juga akan mengekalkan format asal program tersebut dimana peserta akan memakai kostum yang direka khas dari kepala sehingga hujung kaki disamping suara mereka juga akan diubah bagi menyembunyikan identiti masing-masing.
Pada masa sama menurut Naib Presiden Saluran Perniagaan Melayu Astro, Azlin Reza Azmi, program ini juga akan mengangkat elemen tempatan menerusi penampilan kostum yang diinspirasikan daripada budaya di dalam negara.
"Program ini turut menyuntik elemen lokal di pelbagai sudut dan ia boleh diihat ketara apabila kostum-kostum yang dihasilkan dan diperagakan peserta adalah inspirasi dari budaya negara kita sendiri," katanya dalam satu kenyataan media.
Kostum yang direka oleh Akma Suriati Awang ini akan menampilkan pelbagai kostum menarik antaranya Musang King, Nasi Lemak, Orang Utan, Rimau dan juga Bunga Raya.
Program ini turut menampilkan figura-figura hebat seperti Ella, Raja Azura, Michael Ang, Zizan Razak dan Datuk Aznil Hj Nawawi sebagai juri tetap.
The Masked Singer Malaysia akan dikendalikan oleh Datuk AC Mizal dan mula bersiaran pada 18 September ini di Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107).
Anda juga boleh menonton program hiburan yang bakal mencipta fenomena ini menerusi Astro GO.
Topic Berkaitan
#Astro WARNA
#hiburan
#Lokal
#The King of Mask Singer
#The Maksed Singer Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan