awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siti Nurhaliza bakal adakan konsert tahun hadapan

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
22/12/2020
16:04 MYT
Siti Nurhaliza bakal adakan konsert tahun hadapan
Menurut Siti, sudah ada penganjur yang sudah bersetuju untuk mengadakan konsert untuknya pada tahun hadapan.
ANDA sudah bersedia? Mari kita mulakan!
Itulah kata-kata pembukaan daripada penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin sebelum memulakan lagu Badarsila semasa konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour.
Walaupun sudah hampir dua tahun berlalu, suasana masih dapat dirasai peminat setianya.
Tiket yang ada juga habis terjual sehingga terpaksa menambah kapasiti penonton bagi memenuhi permintaan peminat yang ingin melihat buah hati Malaysia itu beraksi di pentas Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Konsert yang berlangsung lebih kurang 3 jam itu seperti tidak cukup untuk peminat pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu.
Jika dibenarkan, mungkin peminat ingin habiskan masa satu malam untuk mendengar Siti Nurhaliza menyanyikan lagu-lagu hitnya.
BACA : Konsert berjalan lancar tapi Siti rasa telinga macam kena tumbuk?
BACA : Jelajah Siti Nurhaliza on Tour bermula di Jakarta
BACA : Siti Nurhaliza, Sitizoners dan zon selesa
Impian untuk melihat penyanyi yang berusia 41 tahun itu kembali beraksi di atas pentas mungkin akan tercapai lagi apabila beliau sendiri menyatakan bakal mengadakan konsert pada tahun hadapan selepas selesai melahirkan anak keduanya.
Menurut beliau, sudah ada penganjur yang telah bersetuju untuk mengadakan konsert untuknya pada tahun hadapan.
“Insya-Allah, tahun depan saya akan mengadakan konsert pada hujung tahun, setelah saya melahirkan anak kedua ini.
"Pihak penganjur telah pun bersetuju untuk mengadakan konsert, jadi saya akan fokus untuk konsert di Malaysia terlebih dahulu,” jelasnya.
Sama-sama kita nantikan konsert daripada penyanyi nombor satu Malaysia ini dan kita doakan Siti serta kandungannya sentiasa sihat.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Siti Nurhaliza
#Siti Nurhaliza
#konsert
#Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour
#Malaysia
#Bukit Jalil
#badarsila
#Aku Bidadari Syurgamu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan