KUALA LUMPUR: Jemputan Noraniza Idris kepada rakan seperjuangannya, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin sebagai tetamu kenamaan di malam konsertnya mendapat maklum balas positif daripada penyanyi nombor satu negara itu.
Pelawaan penyanyi dan pejuang irama tradisional itu disambut dengan rasa terima kasih dan penuh kesyukuran oleh Siti Nurhaliza.
Buah hati kesayangan negara itu berkata, sekiranya tiada sebarang halangan dan keadaan mengizinkan, beliau sedia untuk hadir dan menonton konsert Noraniza di Istana Budaya, Kuala Lumpur sekitar Oktober depan.
“Siti berterima kasih dan bersyukur dengan niat murni, ingatan dan juga doa Kak Ani (Noraniza) semasa Siti di Mekah tempoh hari.
“Bagi Siti, sekiranya tidak ada apa-apa halangan, Insya-Allah Siti hadir sebagai tetamu, tiada masalah,” ujar Siti Nurhaliza kepada Astro AWANI pada Ahad.
BACA: Anjur konsert terakhir, Noraniza Idris mahu jemput Siti Nurhaliza sebagai tetamu VIP
Siti Nurhaliza berkata demikian sebagai mengulas undangan yang dibuat Noraniza kepadanya untuk menjadi tetamu kenamaan di malam Konsert Malai Solo yang dianjurkannya pada Oktober depan.
Konsert Malai Solo juga, jelas, Noraniza, akan menjadi konsert terakhirnya.
Sementara itu, Siti Nurhaliza juga dalam masa sama menitipkan doa agar segala urusan dan perancangan Noraniza untuk menjayakan konsertnya akan dipermudahkan.
Siti Nurhaliza juga optimis segala niat baik penyanyi senior itu akan dipermudahkan.
“Cuma harapan Siti ialah janganlah Kak Ani berhenti menyanyi. Siti rasa ramai orang sangat menghargai Kak Ani sebagai pejuang lagu-lagu irama tradisional.
“Tapi Siti faham masing-masing ada matlamat dalam kehidupan dan kerjaya. Apapun, Siti doakan yang terbaik buat Kak Ani,” ujar Siti Nurhaliza yang pernah menjadi rakan duet Noraniza dalam lagu irama tradisional Hati Kama dan Dondang Dendang menerusi album Seri Balas yang diterbitkan pada 1999.
Hubungan Siti Nurhaliza dan Noraniza tidak pernah terlepas daripada menjadi tumpuan oleh wartawan hiburan dan peminat industri muzik tanah air sejak lebih sedekad lalu.
Pernah sama-sama menaungi label syarikat rakaman Suria Records (SRC), hubungan kedua-dua mereka disifatkan ‘dingin’ namun, masing-masing selesa bersikap profesional dan tidak pernah mencetus sebarang provokasi.
Bahkan, peminat kedua-dua penghibur itu juga amat menghormati pendirian mereka.
Siti Nurhaliza dan Noraniza merupakan antara penyanyi tempatan yang komited memperjuangkan irama muzik tradisional sejak dua dekad lalu.
Kedua-dua penyanyi ini juga antara anak didik kepada komposer dan tokoh irama tradisional negara, Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah.
Bersama Allahyarham Pak Ngah, mereka banyak merakamkan lagu-lagu irama tradisional dan menempa kemasyhuran luar biasa serta mencetus fenomena dalam industri muzik tanah air.
Saharudin Musthafa
Sun May 15 2022
Jemputan Noraniza Idris kepada rakan seperjuangannya, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin sebagai tetamu kenamaan di malam konsertnya mendapat maklum balas positif. - Gambar INSTAGRAM
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Siti Nurhaliza tidak endah kecaman, berazam buat yang terbaik
Meskipun bersyukur dengan penghormatan yang diberikan, penyanyi nombor satu negara itu mengakui kekok dengan gelaran tersebut dan lebih selesa dipanggil dengan namanya sendiri, Siti Nurhaliza.
'Selalu cabar diri, cipta nama di luar negara' - Nasihat Siti Nurhaliza buat pelapis baharu
Siti menasihati penyanyi untuk berani mencuba pelbagai jenis genre dan teknik nyanyian bagi menunjukkan kebolehan mereka dan membuka lebih banyak peluang.
Lebar sayap ke Indonesia, Aina Abdul tidak mengalah
Penyanyi, Aina Abdul mengakui kesempatan untuk menempa nama di negara orang adalah merupakan satu impian untuk setiap anak seni.
Pengurus kongsi reaksi pertama Siti Nurhaliza ketika terima berita anugerah Biduanita Negara
Menerusi video berdurasi 2 min 21 saat itu, Siti atau nama penuhnya Siti Nurhaliza Tarudin kelihatan terkejut ketika membaca ucapan yang diterimanya daripada MOTAC Okt lalu.
'Penghormatan besar' - Faizal Tahir teruja jadi artis jemputan konsert Siti Nurhaliza & Judika
Beliau menyatakan rasa terujanya untuk berkongsi pentas dengan dua bintang besar ini dan berharap agar penonton dapat merasai keunikan dan semangat muzik yang dibawanya.
Fahmi ucap tahniah kepada Siti Nurhaliza atas penganugerahan Biduanita Negara
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin yang diiktiraf Biduanita Negara.
Diiktiraf Biduanita Negara 2024, Siti Nurhaliza iltizam angkat seni negara
Siti Nurhaliza anggap Anugerah Biduanita Negara antara pengiktirafan terbesar dalam kerjaya seninya hampir 30 tahun.
Siti Nurhaliza dianugerahkan gelaran Biduanita Negara
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dinobatkan sebagai Biduanita Negara selepas menerima Anugerah Khas Biduan Negara.
Siti Nurhaliza beri bayangan bakal buat ‘kejutan’ sempena 30 tahun dalam industri
Selepas tonton filem dokumentari Rossa, Siti Nurhaliza dapat inspirasi untuk berkongsi kisah perjalanan seninya.
Tersenarai di The Muslim 500, Siti Nurhaliza luah rasa syukur
Sudah sembilan tahun anak seni kelahiran Kuala Lipis ini berjaya berada sebaris dengan individu yang bukan calang-calang.