awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maglev China pecah rekod pecutan, capai 700 km/j dalam 2 saat
Dakwaan hina institusi diraja: Siasatan terhadap Fahmi Reza tunggu laporan MCMC
Skuad boling padang negara raih kejuaraan berganda di China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siti Nurhaliza umum konsert solo di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Januari 2026

Astro Awani
Astro Awani
29/09/2025
10:40 MYT
Siti Nurhaliza umum konsert solo di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Januari 2026
Konsert solo Siti Nurhaliza kali ini akan berlangsung sehari sebelum beliau menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-47, menjadikan ia satu perayaan peribadi dan profesional yang cukup bermakna. - Gambar/ IG ctdk
KUALA LUMPUR: Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin bakal melakar satu lagi sejarah baharu apabila mengumumkan akan mengadakan konsert solo berskala mega di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, pada 10 Januari 2026.

Ringkasan AI
  • Datuk Seri Siti Nurhaliza akan mengadakan konsert solo berskala mega di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Januari 2026 sempena ulang tahun ke-30 kerjaya seninya dan sehari sebelum ulang tahun kelahirannya ke-47.
  • Konsert dianjurkan oleh Siti Nurhaliza Legacy dengan perancangan teliti melibatkan penataan pentas dan teknologi produksi terkini, serta dijangka menarik sekurang-kurangnya 60,000 peminat.
  • Tiket konsert akan mula dijual dalam masa terdekat dan dijangka mendapat sambutan luar biasa berdasarkan legasi persembahan besar Siti sebelum ini.

Konsert ini dianjurkan oleh syarikat pengurusannya, Siti Nurhaliza Legacy bersempena ulang tahun ke-30 seniwati tersohor itu dalam industri seni – satu detik penting yang akan diraikan bersama puluhan ribu peminat yang selama ini menjadi tunjang kekuatannya.
Apa yang paling istimewa juga, konsert solo Siti Nurhaliza kali ini akan berlangsung sehari sebelum beliau menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-47, menjadikan ia satu perayaan peribadi dan profesional yang cukup bermakna.
Bertepatan dengan penganjuran konsert di venue bertaraf antarabangsa, Siti Nurhaliza dan pasukannya sudah merangka perancangan teliti termasuk menampilkan penataan pentas dan teknologi produksi terkini.
Berbekalkan senarai panjang lagu popular yang pernah dirakamkan sepanjang bergelar artis rakaman, Siti Nurhaliza akan merangkumkan pengalaman tiga dekad itu pada pementasan yang dijangka menarik sekurang-kurangnya 60,000 peminat beliau.
Sejak beberapa hari lalu, Siti Nurhaliza dan pengurusannya sudah berkongsi pelbagai bayangan mengenai penganjuran konsert itu di semua platform media sosial.
Susulan itu, peminat-peminat setia penyanyi yang sangat masyhur dengan lagu Cindai, Jerat Percintaan, Nirmala dan banyak lagi membuat pelbagai telahan.
Tiket-tiket konsert berkenaan dijangka dijual dalam masa terdekat dengan jangkaan sambutan luar biasa, mengambil kira legasi Siti yang tidak pernah gagal menarik ribuan penonton dalam setiap persembahan berskala besar sebelum ini.
Topic Berkaitan
#Siti Nurhaliza
#konsert solo
#konsert Mega
#Stadium Nasional Bukit Jalil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan