awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siti Saleha sah bercerai, reda perkahwinan hanya bertahan 4 tahun

Gempak
Gempak
17/01/2022
07:39 MYT
Siti Saleha sah bercerai, reda perkahwinan hanya bertahan 4 tahun
Kakak kepada vokalis Sam Bunkface ini juga mengaku reda kerana mampu bertahan dalam perkahwinan selama empat tahun sahaja. - Foto Astro GEMPAK
PELAKON Siti Saleha akhirnya bercerai secara sah dengan suaminya, Ahmad Lutfi Azhar dalam sebuah prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, hari ini.
Saleha, 32, yang menikah dengan Ahmad Lutfi, 36, pada 28 Julai 2017 memberitahu media keputusan bercerai diambil secara baik dan menyifatkan jodoh mereka sebagai suami isteri tidak panjang.
Kakak kepada vokalis Sam Bunkface ini juga mengaku reda kerana mampu bertahan dalam perkahwinan selama empat tahun sahaja.
“Kami sudah bercerai secara baik. Jodoh kami tidak panjang, Itu sahaja yang saya nak cakap dan tak nak ulas apa apa,” katanya kepada pihak media.
Terdahulu, Ahmad Lutfi melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Mohd Hairuddin Ab Karim sekitar pukul 10.30 pagi.
Pada Oktober lalu, Saleha mengesahkan dakwaan dia telah memfailkan perceraian terhadap Ahmad Lufti.
“Yes, saya failkan kes cerai atas kebenaran mahkamah. Selanjutnya, saya tak mahu komen. Terima kasih,” katanya ringkas kepada Gempak.
Instagram: @sallywho
Artikel asal ini diterbitkan di portal Astro Gempak
Topic Berkaitan
#Siti Saleha bercerai
#Mahkamah Rendah Syariah Klang
#selebriti
#Ahmad Lufti Azhar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan