awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Status kesihatan Jamie Foxx terus menjadi tanda tanya

Agensi
Agensi
08/05/2023
22:45 MYT
Status kesihatan Jamie Foxx terus menjadi tanda tanya
Tidak banyak maklumat mengenai status kesihatan artis tersohor Hollywood, Jamie Foxx yang dikongsi oleh ahli keluarga dan rakan-rakannya sejak dia dimasukkan ke hospital beberapa minggu lalu. - Gambar fail REUTERS
TIDAK banyak maklumat mengenai status kesihatan artis tersohor Hollywood, Jamie Foxx yang dikongsi oleh ahli keluarga dan rakan-rakannya sejak dia dimasukkan ke hospital beberapa minggu lalu.
Portal berita CNN melaporkan, merahsiakan hal itu bukan hal yang luar biasa kerana sesiapa sahaja yang mengikuti kerjaya Foxx sedia maklum dengan tindakan sedemikian.
Pada April lalu, Foxx telah dikejarkan ke hospital di Atlanta, Georgia di mana dia sedang menjalani penggambaran filem "Back in Action" untuk Netflix.
CNN dalam laporannya juga memaklumkan, telah berhubung dengan wakil Foxx beberapa kali untuk mendapatkan maklumat berhubung apa yang terjadi dan status pelakon itu.
Bagaimanapun, sehingga kini, tiada sebarang penjelasan lanjut yang dikongsi.
Tiada sebarang perkembangan dikongsi selain ahli keluarganya hanya meminta ruang buat mereka pada minggu lalu menerusi akaun media sosial rasmi aktor itu.
"Menghargai segala kasih sayang!!!" kata hantaran itu.
Tuntutan kerahsiaan ini sejajar dengan gaya hidup aktor filem Ray ini walaupun kerjayanya setniasa meletakkan dirinya dalam lingkaran ramai orang.
Topic Berkaitan
#Jamie Foxx
#status kesihatan Jamie Foxx
#pelakon Ray
#Jamie Foxx dimasukkan ke hospital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan