WALAUPUN masih belum sihat sepenuhnya, penyanyi Zamani tetap tampil memberikan persembahan memukau pada konsert minggu keenam Gegar Vaganza (GV).
Setelah gagal menyanyikan lagu akibat tidak sihat kerana sakit tekak pada cabaran minggu kelima, Zamani ketika memberikan persembahan kali ini seakan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.
“Alhamdullilah! Itu ungkapan perkataan pertama dari juri Datuk Khadijah Ibrahim setelah melihat persembahan nyanyian Zamani yang turut mendapat sorakan penonton.
“Ibu sentiasa doakan zamani supaya cepat sembuh, walaupun sakit lagi, tapi zamani beri persembahan baik sekali gus membuktikan Zamani seorang lagenda, penghibur dan penyanyi,” kata Khadijah.
Bertemakan 'Terbaik Boss', Zamani menyanyikan lagu popular dari kumpulan Nidji yang berjudul Hapus Aku dengan penuh bersemangat.
Konsert GV5 lalu telah menyaksikan Zamani sepatutnya tersingkir kerana gagal melontarkan suaranya ketika menyanyikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta.
Namun Zamani diselamatkan dengan kuasa imuniti daripada penaja terbesar GV5, Datuk Seri Aliff Syukri.
Ketika keputusan minggu keenam diumumkan, para peminat bersorak apabila Zamani menjadi peserta ketiga terbaik yang lepas ke konsert separuh akhir pada minggu seterusnya, yang bakal menyaksikan beliau memikul tugasan menyanyikan dua buah lagu iaitu Di Matamu nyanyian asal Sufian Suhaimi dan Dekat Padamu (Yusry).
BACA: Farawahida tersingkir dalam suku akhir GV5
Bersiaran selama lapan minggu, GV5 ditayangkankan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.
Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.
Afiezy Azaman
Sun Nov 04 2018
Zamani kembalikan semangat penonton dengan persembahan memuaskan pada minggu keenam.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
GV11: Hetty Koes Endang gembira dapat kembali sebagai juri
Penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang mengharapkan setiap peserta Gegar Vaganza musim ke-11(GV11) tidak tertekan semasa bertanding.
GV11: Astro kekalkan gandingan Nabil dan Jihan, magis keserasian yang sukar ditandingi
Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang, dan Datuk Ramli MS kekal sebagai juri untuk musim ini.
Tom dan Fuad Rahman sambut cahaya mata perempuan pertama
Penyanyi Tom selamat melahirkan cahaya mata perempuan pertama pada pagi Ahad di sebuah hospital kerajaan.
All Stars GV: Tiada penyingkiran, lapan peserta mara ke konsert akhir
Semua peserta boleh menarik nafas lega apabila tiada penyingkiran diumumkan pada konsert separuh akhir All Stars Gegar Vaganza (ASGV) dan terus berjaya ke konsert akhir pada Ahad depan.
All Stars GV: Liza Hanim terus unggul, perjalanan Ayai terhenti
Ayai gagal menambat hati juri apabila hanya mendapat 53 peratus markah daripada juri tetap.
GV10: "Lebih hidup pentas" - Datuk Syafinaz pun mahu Kak Lina bukan Elly M, tapi ada syarat...
Elly M bertugas sebagai sebagai pengacara yang kelihatan sopan, bercakap perlahan, gelak malu-malu dan sedikit reserved.
Tercapai hasrat Tom untuk timang anak perempuan
Tom sebak selepas disahkan bayi dalam kandungannya kali ini anak perempuan.
All Stars Gegar Vaganza: Perjalanan Cliff Umar dan Suki Low terhenti di minggu kedua
Perjalanan Suki Low dan Cliff Umar di pentas All Stars Gegar Vaganza (ASGV) terhenti setakat minggu kedua.
'Saya belum boleh mencangkung, masih solat duduk' - Zamani sudah 80 peratus pulih
Berkongsi perkembangan terkini keadaan kesihatannya, kata Zamani, 52, dia kini hanya memerlukan perjumpaan berkala dengan doktor setiap enam bulan.
GV Roadshow 2023 rai ulang tahun ke-10 Gegar Vaganza
Jelajah ini juga sebagai merealisasikan impian Astro dalam usaha merapatkan hubungan antara peminat dan penyanyi tersohor tanah air.