KUALA LUMPUR:Pemenang trofi Pelakon Lelaki Terbaik - Digital di Anugerah Televisyen Asia ke 25, Bront Palarae, menyifatkan survival sebagai fokus utama dirinya ketika ini.
Biarpun baru sahaja memenangi anugerah berprestij itu, Bront bersikap realistik dan tidak mahu membuat jangkaan besar dalam kerjayanya, terutama ketika negara dan seluruh dunia masih bertarung melawan pandemik COVID-19.
"Buat masa sekarang, saya sudah cukup bersyukur jika segala perancangan yang dirancang beberapa tahun lepas dapat dihasilkan tahun ini atau tahun depan.
"Tak ada sebarang expectation kerana dalam situasi sekarang, survival adalah perkara paling penting," katanya ketika ditemubual dalam Buletin AWANI.
bBerpendapat industri hiburan tidak termasuk dalam kategori sektor berkepentingan buat masa ini, Bront bagaimanapun berharap industri dapat terus menyumbang terutama dalam aspek meredakan ketegangan dan tekanan, kesan daripada pandemik yang melanda.
Seperti juga rakyat Malaysia yang lain, aktor Ola Bola dan Terbaik Dari Langit itu juga berkongsi kebimbangan dengan situasi yang tidak menentu ketika ini dan berharap kestabilan dapat segera dipulihkan.
"Kita risaukan banyak perkara, ekonomi dan pendidikan terutamanya. Ini kegusaran yang real, bukan dibuat-buat.
"Saya serahkan kepada pemimpin-pemimpin negara untuk memikirkan bagaimana untuk membantu rakyat dan meneruskan kelangsungan hidup kita semua," ujarnya.
Dalam Anugerah Televisyen Asia ke 25 yang berlangsung secara maya pada Sabtu, Bront dinobatkan pemenang kategori Pelakon Lelaki Terbaik - Digital menerusi lakonannya dalam siri The Bridge, yang disiarkan di sebuah laman penstriman.
Madiha Abdullah
Sun Jan 17 2021

Biarpun baru sahaja memenangi trofi berprestij, Bront bersikap realistik dan tidak mahu membuat jangkaan besar dalam kerjayanya.

Cuaca panas: Kerajaan kaji langkah lindungi sektor komoditi
Pendekatan seumpama itu perlu dilakukan kerana industri komoditi merupakan sumber pendapatan besar kepada negara.

38 kanak-kanak Myanmar mangsa pemerdagangan manusia di Selayang diselamatkan
Pemeriksaan di sebuah kilang membuat pelitup muka menemukan kumpulan kanak-kanak berusia antara 13 hingga 18 tahun yang bekerja di premis itu.

Dua pekerja tersangkut atas skylift diturunkan bomba
Dalam kejadian pukul 2 pagi itu, pekerja berusia 18 dan 26 tahun gagal turun berikutan sistem hidraulik jentera berkenaan rosak.

Rentas Daerah | Jadual feri ke Langkawi kekal
Keputusan kerajaan untuk membenarkan aktiviti rentas daerah bermula Jumaat tidak memberi kesan kepada jadual perjalanan feri ke Pulau Langkawi yang melibatkan perjalanan dari Terminal Kuala Kedah serta Terminal Kuala Perlis. Pengurus Operasi dan Sumber Manusia Konsortium Ferry Line Ventures, Kapten Baharin Baharom, menyatakan kekerapan perjalanan feri dari Terminal Kuala Kedah adalah sebanyak dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang manakala di Terminal Kuala Perlis hanya melibatkan satu perjalanan sehari.

Usahawan kecil disaran daftar dengan SSM
Usahawan kecil disaran segera mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM. Ini bagi membolehkan mereka mendapatkan bantuan dan sokongan dari pelbagai agensi berkaitan.

Vaksin COVID-19 | 112,914 individu terima vaksin dos pertama
Seramai 112,914 individu telah divaksinkan dalam tempoh 11 hari fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilancarkan.

Pasangan Diraja | Rai ulangtahun perkahwinan ke-35
Pasangan Diraja Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meraikan ulangtahun perkahwinan ke 35 hari ini. Rakyat merafak sembah setinggi ucapan tahniah kepada Baginda berdua.

Politik | Memahami pengurusan situasi politik BN
Keretakan hubungan UMNO dan Bersatu tidak lagi boleh diselindung selepas parti itu memutuskan hubungan tidak akan adakan kerjasama. Namun ada juga beberapa pemimpin Barisan Nasional menyanggah kenyataan Pengerusi UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan mendakwa gabungan itu rayu YDP Agong bertitah sidang Perlimen diadakan segera.

7,700 pelajar UPM mula hadir ke kampus
Dr Arifin berkata, seramai 6,500 pelajar di kampus Serdang dan 1,200 pelajar di kampus Bintulu, Sarawak.
![[INFOGRAFIK] Adakah dunia kesepian ketika pandemik COVID-19? [INFOGRAFIK] Adakah dunia kesepian ketika pandemik COVID-19?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893956/8967789641615004876835_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Adakah dunia kesepian ketika pandemik COVID-19?

Survival paling penting buat masa ini - Bront Palarae
Biarpun baru sahaja memenangi trofi berprestij, Bront bersikap realistik dan tidak mahu membuat jangkaan besar dalam kerjayanya.

'Pengkor' lonjakkan nama Bront di Indonesia
Bront berkongsi rasa bangga dapat menjadi sebahagian daripada produksi filem itu kerana jalan penceritaannya yang berbeza termasuk konflik dalam politik.

Selepas raih trofi Filem Terbaik FFM30, One Two Jaga ditayangkan semula!
Siapa yang belum tengok, ini la masanya ..

One Two Jaga dinobat Filem Terbaik FFM30
Kejayaan One Two Jaga juga berjaya menumpaskan empat calon akhir lain iaitu Paskal The Movie, Guang, Dukun dan Vedigundu Pasangge.

Bront Palarae tak berlakon drama tempatan?
Pelakon popular Bront Palarae, atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, 39 menjelaskan dia tidak terlalu memilih tawaran berlakon yang diberikan kepadanya namun agak teliti dari segi kualiti.

Wow! 'Dukun' ditayang di New York
Filem 'Dukun', lakonan pelakon utamanya, Datin Seri Umie Aida dan Faizal Hussein mencipta sejarah apabila bakal ditayangkan di New York pada 13 Julai ini.

Bront Palarae lancar kempen kumpul dana biaya 'Dawn Raid'
'Dawn Raid' berkisarkan bagaimana Malaysia dapat membeli saham Guthrie Consolidated pada tahun 1981 yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

'Dawn Raid' dijangka ditayangkan pada Hari Kebangsaan 2019
Filem yang bakal ditayangkan dalam versi dwibahasa itu akan memulakan penggambaran sejurus medapat dana.

"Saya lihat mayat terlentang di tengah lebuh raya NKVE" - Loque Butterfingers
Pemain gitar kumpulan Butterfingers, Loque berkongsi pengalaman ngeri melihat mayat dalam satu kemalangan maut di tengah lebuhraya NKVE.

Mistik 'Pengabdi Setan' bawa Bront Palarae merantau
Ia membuktikan kerjasama pasukan di sebalik tabir pembikinan filem itu, diperakui dan dipersetujui khalayak filem antarabangsa.