awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IMF tingkat unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.3 peratus untuk 2026, 2027
Rundingan FTA EU-Malaysia mampu jadi pengubah keadaan hubungan dua hala - Duta Finland
UCL: Arsenal kekalkan rekod sempurna, tewaskan Inter 3-1 di Milan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syafiq Yusof impi filem Polis Evo 3 ulang kejayaan sekali lagi

Faida Rahim
Faida Rahim
13/04/2023
12:34 MYT
Syafiq Yusof impi filem Polis Evo 3 ulang kejayaan sekali lagi
Selepas kejayaan francais filem Polis Evo dan Polis Evo 2, filem aksi blockbuster ketiga bakal menemui penonton bermula 25 Mei ini.
KUALA LUMPUR: Selepas kejayaan francais filem Polis Evo dan Polis Evo 2, filem aksi blockbuster ketiga bakal menemui penonton bermula 25 Mei ini.
Diarahkan oleh pengarah terkenal, Syafiq Yusof, Polis Evo 3 membariskan pelakon terkenal seperti Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle dan ramai lagi.
Melihat kepada kutipan penjualan tiket francais filem ini, pengarah Syafiq Yusof meletakkan harapan besar agar Polis Evo 3 mengulangi kejayaan serupa.
“Pendirian saya sama seperti bapa, Datuk Yusof Haslam, yang mana saya meletakkan kepercayaan saya kepada Allah SWT untuk memberi rezeki.
“Bila bercakap bab rezeki kutipan filem, saya tak berani cakap lebih. Kalau Allah nak bagi, pasti ada bahagian saya. Insya-Allah,” katanya.
Dari kiri: Sharnaaz Ahmad, Nora Daniah, pengarah Syafiq Yusof, produser Joel Soh, Shaheizy Sam, Zizan Razak dan Fauzi Nawawi. - Astro AWANI
Dari kiri: Sharnaaz Ahmad, Nora Daniah, pengarah Syafiq Yusof, produser Joel Soh, Shaheizy Sam, Zizan Razak dan Fauzi Nawawi. - Astro AWANI
Tambah Syafiq, meskipun terpaksa menunggu tiga tahun untuk filem ini muncul di pawagam, dia berpuas hati dengan hasil akhir diberikan oleh seluruh warga kerja produksi.
Dalam pada itu, Syafiq turut berterima kasih kepada bapanya, Datuk Yusof Haslam serta abangnya, Syamsul Yusof yang berkongsi ilmu ketika proses penggambaran dijalankan pada akhir 2019.
“Hari ini dia (abang) tak dapat hadir cuma bapa saja yang datang. Insya-Allah tayangan perdana nanti dia datang,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#polis evo
#Syafiq Yusof
#Yusof Haslam
#Sharnaaz Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan