PELAKON dan pengarah Syamsul Yusof menyambut baik hasrat aktres Maya Karin untuk menterjemah watak legenda, Mahsuri ke layar perak. 

Menerusi laman sosial Instagram, Syamsul berkongsi tangkap layar berita tersebut dengan kapsyen seolah-olah bersetuju dengan tawaran Maya. 

Good idea let's do it @maya_karin,” tulis Syamsul. 

Sekitar minggu lalu, Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke sudah lama mengidamkan watak ikonik tersebut. 

Malah, bintang Pontianak Harum Sundal Malam itu memetik nama Syamsul untuk mengarahkan filem tersebut selepas kejayaan filem Mat Kilau yang berjaya mengutip hampir RM100 juta. 

Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya meluahkan rasa teruja selepas melihat idea tersebut mendapat maklum balas positif. 

“Menarik!” komen Salina Saibi

“Harap kekal penjagaan aurat seperti Mat Kilau Insya-Allah,” cadang seorang warga maya.

“Bestnya! Makin terdedah bangsa kita dengan cerita kita, Alhamdulillah,” ujar seorang warga maya.

“Mesti best ni, teringin nak tengok cerita Mahsuri difilemkan,” puji seorang warga maya lagi. 

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 15,000 tanda sokongan daripada pengikutnya. 

Artikel asal disiarkan di Gempak.