KUALA LUMPUR: Pengarah, Syamsul Yusof menarik balik saman di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, terhadap pegawai penyiasat dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Ia berhubung dakwaan menyebar fakta aib mengenai hubungannya dengan Ira Kazar kepada ibu pelakon itu, Datin Patimah Ismail.
Peguam, Azahir Nasir yang mewakili pengarah filem 'Mat Kilau' berusia 39 tahun itu mengesahkan perkara terbabit, selepas prosiding pengurusan kes di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh yang dibuat secara dalam talian.
Pada 28 Mac lalu, Syamsul memfailkan saman terhadap MAIWP dan dua kakitangan jabatan itu, membabitkan penyebaran fakta-fakta aib dan memalukan kepada ibu Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail dan berhubung kenyataan isterinya, Ira Kazar selepas dipanggil oleh pihak JAWI, Ogos tahun lepas.
Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Shamsul Md Yusof selaku plaintif, mengambil tindakan undang-undang itu melalui Tetuan Azahir Surainie & Azizan Ariff dengan menamakan Pegawai Hal Ehwal Islam di Bahagian Penguatkuasaan Jawi, Mohd Haris Abdllah; Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail dan JAWI sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Menerusi pernyataan tuntutan, pengarah berusia 39 tahun ini menuntut ganti rugi teladan (tidak dinyatakan jumlah) ke atas defendan kerana didakwa dengan sengaja dan berniat jahat untuk membuka aibnya.
Dia juga memohon deklarasi bahawa gambar pernyataan yang mengandungi nama Syamsul, Ira atau Faghira Fatini, 28; separuh tandatangan dan pernyataan bertulis adalah satu keterangan yang telah diambil oleh defendan-defendan atau ejennya, tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan undang-undang yang berkait.
Syamsul juga memohon deklarasi bahawa gambar pernyataan tersebut yang telah dirakam oleh defendan atau ejen adalah dokumen dalam kawalan mereka. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jul 13 2023
Peguam Pengarah filem 'Mat Kilau' itu mengesahkan perkara terbabit, selepas prosiding pengurusan kes di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh yang dibuat secara dalam talian. - Gambar fail/Astro AWANI
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Puteri Sarah bawa anak-anak bercuti di Pulau Pinang bersama keluarga mentua
"Saya masih ikut tradisi beraya dengan mentua sebab saya tak pernah anggap mereka orang luar biarpun apa yang terjadi."
'Tiada anak tak sayang ibu bapa, mungkin Syamsul masih merajuk' - Yusof Haslam
Jelas Yusof, beliau beranggapan Syamsul kini sibuk dengan filem Original Gangster yang dijangka menemui penonton hujung tahun ini.
'Jangan tunggu dah tak ada baru nak cari' - Yusof Haslam menangis rindukan Syamsul
Tiada perasaan marah, Yusof bagaimanapun memberi masa dan ruang untuk Syamsul yang berkemungkinan ada terasa hati dengannya dan isteri, Datin Patimah.
Selepas Munafik 2, Syamsul Yusof bakal muncul dengan filem seram baharu
Menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, Syamsul memaklumkan dia kini dalam proses membuat skrip untuk filem seram terbaharu bersama Astro Shaw.
Puteri Sarah nekad saman bekas menantu Kazar
Puteri Sarah Liyana nekad untuk meneruskan saman terhadap bekas menantu Kazar iaitu Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan.
'Tak ke mana pun saman menyaman' - Yusof Haslam nasihat Puteri Sarah
Yusof berkata, dia tidak mahu komen lebih lanjut dan cuma mengharapkan yang terbaik buat Puteri Sarah.
'Kami bahagia dengan kehidupan kami sendiri' - Ira selesa kongsi video bersama Syamsul
Ira memuat naik video Syamsul sedang berjalan dari belakang dengan kapsyen indah buat suami tercinta.
Puteri Sarah beri 'amaran' bekas menantu Kazar masih 'jaja' cerita?
Pelakon Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa berang apabila mengetahui bekas menantu kepada pelakon senior Kazar Saisi yang dikenali sebagai Wiwie Darvienda Mazweena masih menyalak di Instagram.
Doa jodoh cepat, Puteri Sarah terbuka andai bakal suami masih orang industri seni
Malah pelakon drama Andai Itu Takdirnya turut berkongsi moto hidupnya yang tidak akan menoleh kembali kepada kisah lalu.
Luka di hati masih berdarah - Datin Patimah
Berada dalam kapal terbang menuju ke destinasi yang tidak dimaklumkan, Patimah sempat berkongsi status luahan hatinya.