awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Isa Samad ditetap 10 Feb ini
Seorang lagi ahli 'Geng Captain Praba' ditahan - Bukit Aman
Agihan fidyah jamin kebajikan rakyat di Kedah - Raja Muda Kedah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat rakaman Hong Kong rakam lagu Mojo

Astro Awani
Astro Awani
27/03/2013
23:51 MYT
Syarikat rakaman Hong Kong rakam lagu Mojo
Sebuah syarikat rakaman di Hong Kong berminat untuk merakamkan semula lagu "Andai Ku Bercinta Lagi" nyanyian Mojo dalam versi Kantonis.
Ini susulan kejayaan kumpulan itu meraih dua anugerah dalam "Hong Kong Asian Pop Music Festival".
Lagu "Andai Ku Bercinta Lagi" merupakan ciptaan Edry KRU yang bertindak selaku pemain ‘synthesizer’.
Menerusi lagu itu, mereka menang trofi persembahan vokal terbaik selain tempat kedua anugerah "Asian Supernova".
Antara pemuzik lain yang bertanding ialah "Micappella" dari Singapura, "Andamiro" dari Korea dan "Breathe" dari Jepun.
Selain lagu "Andai Ku Bercinta Lagi" Mojo mendendangkan lagu yang dipopularkan Aerosmith berjudul "Dream On" pada pusingan akhir.
Selain Edry, kumpulan Mojo disertai Deny selaku pemain gitar, Johar sebagai pemain dram dan Aweera selaku vokalis.
Mereka ditemui pada majlis meraikan kejayaan Mojo di pejabat Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) pada Rabu petang.
Topic Berkaitan
#Andai ku Bercinta Lagi
#Hong Kong
#Mojo
#rakam semula
#versi Kantonis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan