KEJAYAAN tiga nama hebat iaitu Bell Ngasri, Elly Mazlein dan Tyzo pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH) baru-baru ternyata membuka mata rakyat Malaysia.
Tidak perlukan kontroversi murahan, sebaliknya Bell, Elly dan Tyzo dikenali atas usaha keras mereka sepanjang berada dalam industri seni tanah air.
Kemenangan figura hebat ini juga menarik perhatian Public Health Malaysia yang turut berkongsi serba sedikit mengenai kejayaan mereka.
Ini adalah kisah mengenai individu yang mendapat penghargaan selepas bekerja keras melakukan pekerjaan yang mereka minati selama berpuluh tahun.
1. Bell Ngasri sudah mula memegang skrip sejak usianya 6 tahun. Pelbagai watak, dari remaja nakal kaki buli sehinggalah watak popular Barkoba telah dilakonkan.
2. Tiada kontroversi murahan, tiada gimik aneh untuk mengangkat namanya, beliau terus kekal relevan selepas 37 tahun dalam industri.
3. Elly Mazlein membuat kemunculan pertama ketika zaman emas Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu pada penghujung 90 an. Bukan mudah untuk artis wanita lain untuk menyinar pada ketika itu.
4. Cubaan untuk comeback dengan menyertai Gegar Vaganza hampir tidak menjadi apabila beliau menarik diri pada minggu minggu awal kerana kritikan hebat juri.
5. Hanya selepas muncul sebagai pengacara dengan watak Kak Lina Pom Pom dan lakonan dalam siri Kampung People namanya kembali menyerlah.
6. Tyzo walaupun nampak muda, rupanya sudah berpuluh tahun bertugas sebagai penyampai radio. Hanya selepas 20 tahun menjadi penyampai radio beliau berjaya memenangi anugerah.
7. Ini membuktikan betapa penting untuk seseorang untuk terus berusaha melakukan pekerjaan yang diminati dan disukai tanpa erti jemu.
8. Jika anda sedang berusaha melakukan sesuatu dan masih tidak menunjukkan hasil seperti mana yang diharapkan, jangan cepat berputus asa.
9. Paling penting, tidak perlu membandingkan pencapaian diri dengan orang lain. Mungkin rezeki anda masih belum tiba lagi, teruskan berusaha dan mencari kelainan dan keunikan, semoga ada sinar di penghujung jalan buat semua.
Terdahulu, Bell dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di ABPBH 35 dan berjaya menewaskan calon favourite lain iaitu Aina Abdul, Amir Masdi, Anna Jobling, Ben Amir, Ernie Zakri, Khai Bahar, Meerqeen, Sharifah Rose dan Siti Nordiana.
Manakala Elly pula dinobatkan sebagai pemenang anugerah Pengacara TV Popular dan Tyzo, Penyampai Radio Popular. -Gempak
Gempak
Fri Jul 28 2023
Kejayaan tiga nama hebat -- Bell Ngasri, Elly Mazlein dan Tyzo -- pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH) baru-baru ternyata membuka mata rakyat Malaysia. -Gempak
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
'Terima kasih beri saya watak utama' - Bell Ngasri gila-gila dalam Geng Sakau vs Hantu Ting Tong
Menurut Bell, sebelum ini dia pernah bekerjasama bersama KRU Studios menerusi filem Cicakman.
Adik dikecam jadi Timbalan Pengerusi GiatMARA, ini respons Bell Ngasri
Bell berkata dia tidak berasa sedih kerana itu adalah lumrah kehidupan dan orang ramai boleh memberikan apa sahaja pendapat di media sosial.
Bell Ngasri terima Mini Cooper Clubman S bernilai RM200,000
Bell Ngasri teruja menerima hadiah kereta jenama Mini Cooper Clubman S bernilai RM200,000 tajaan syarikat kenderaan DTC Motors pada Isnin.
Tak perlu kontroversi murahan, ini kisah kejayaan figura hebat Bell Ngasri, Elly Mazlein dan Tyzo
Kemenangan figura hebat ini juga menarik perhatian Public Health Malaysia yang turut berkongsi serba sedikit mengenai kejayaan mereka.
'Barkoba' lonjak semula populari Bell, tak lupa jasa Mamat Khalid
Katanya, watak Barkoba cukup memberi kesan dalam hidupnya, sekali gus melonjakkan semula popularitinya dalam dunia hiburan tanah air.
Berkat restu ibu, minum susu atas bas, kemenangan Bell Ngasri lambang kualiti berbanding populariti
Dia mengaku adalah pelaku seni yang hanya tahu bekerja dan tidak memerlukan populariti.
Bell Ngasri terima anugerah khas daripada stesen nombor 1 ERA
Anugerah tersebut dedikasi khas buat Bell selepas puluhan tahun dalam industri seni, daripada seusia kanak-kanak sehingga sekarang.
'Mama jangan sedih-sedih' - Bell menangis cerita kerisauan ibu selepas dicalonkan
Bell menitipkan ucapan agar ibunya tidak terlalu memikirkan tentang pencalonan sulungnya di anugerah itu.
Bukan sekadar tulang belakang kerjaya suami, isteri Bell Ngasri juga nama hebat dalam industri
Yang pasti, Sha bukan calang-calang wanita kerana dia juga berkerjaya dan berpengalaman dalam industri seni.
Ini penghinaan daripada orang yang sangat hina - Bell Ngasri
Menurut Bell, wanita berkenaan terlalu mencuba untuk menjadi kelakar sehingga tidak memikirkan bahan jenaka yang ingin dipersembahkan.