awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak sampai seminggu, filem Jebat berjaya raih kutipan RM1.3 juta

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
09/09/2020
05:00 MYT
Tak sampai seminggu, filem Jebat berjaya raih kutipan RM1.3 juta
Filem Jebat arahan Jamal Khan merupakan kesinambungan dari drama popular Astro, Bukan Kerana Aku Tak Cinta lakonan Sharnaz Ahmad dan Nelydia Senrose yang popular pada tahun 2013.
BARU beberapa hari sahaja ditayangkan di Astro First, filem Jebat telah berjaya meraih kutipan lebih daripada RM1.3 juta.
Menurut Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, kejayaan filem Jebat ini merupakan satu perkembangan positif dalam penjaan semula industri perfileman Malaysia.
"Memahami kehendak penonton yang sentiasa inginkan konten terbaik, pihak kami akan terus membawakan lebih banyak filem-filem segar kelak menerusi dengan produksi berbeza.
"Saya harap, filem Jebat mampu melakar fenomena tersendiri di samping menyuntik keyakinan buat penerbit-penerbit lain dalam mempersembahkan karya dalam normal baharu ini," katanya dalam satu kenyataan media.
Filem Jebat arahan Jamal Khan merupakan kesinambungan dari drama popular Astro, Bukan Kerana Aku Tak Cinta lakonan Sharnaz Ahmad dan Nelydia Senrose yang popular pada tahun 2013.
Selain Sharnaz dan Nelydia filem ini juga turut dibintangi Idris Khan, Carmen Soo, Louisa Chong, Rahhim Omar dan Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-29, Sangeeta Krishnasamy.
Anda boleh menonton filem Jebat melalui saluran pawagam rumah anda, Astro First dengan hanya RM15 anda boleh menonton filem ini berulang kali selama 48 jam.
Topic Berkaitan
#Astro First
#filem
#hiburan
#Jebat
#Nelydia Senrose
#Sharnaz Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan