“PERCERAIAN adalah jalan terakhir. Apa juga keputusan, saya mengharap yang terbaik untuk kami berdua dan anak-anak.”
Begitu kenyataan pelakon Nora Danish berhubung dakwaan rumah tangganya dengan Nedim Nazri yang berantakan sehingga tidak lagi tinggal sebumbung.
Jelas Nora, dia mengakui rumah tangga yang dibina tujuh tahun lalu goyah.
Begitupun, mereka berdua sedang berusaha untuk menangani kemelut tersebut.
“Kita manusia biasa, tidak lari daripada kesilapan. Tujuh tahun berkahwin, memang ada pergolakan tetapi kami cuba tangani sebaik mungkin.
“Buat masa ini, lebih baik tinggal berasingan di rumah keluarga masing-masing. Perkahwinan kadang memerlukan ruang, itu lumrah.
“Apa yang berlaku, tiada kena mengena dengan orang ketiga, lebih kepada persefahaman masing-masing. Rumah tangga mana tiada masalah, kan?” ujarnya secara profesional.
Khabar angin pergolakan rumah tangga Nora dan Nedim mula bertiup kencang selepas mereka tidak berkongsi gambar raya bersama baru-baru ini.
Sementara itu, Nora berkata, hubungannya dengan suami ketika ini baik terutama melibatkan urusan anak-anak biarpun sudah tidak tinggal sebumbung sejak tiga bulan lalu.
“Kami tetap berhubung terutama pasal anak-anak. Saya tidak mahu apa yang berlaku memberi unsur negatif terutama kepada anak-anak.
“Anak-anak okey tetapi yang kecil itu mungkin tidak faham. Mereka lebih tertekan dengan keadaan rumah kami yang belum selesai diubah suai.
“Macam saya cakap, kami berdua sedang berusaha sebaik mungkin untuk memperbaiki hubungan ini. Sebab itu masing-masing perlukan ruang,” kongsinya.
Dalam pada itu, Nora menambah, dia dalam masa sama menyerahkan soal rumah tangga mereka mengikut aturan Tuhan.
“Itulah aturannya, kebetulan seiring dengan keadaan rumah yang sedang diubah suai, masing-masing cari ruang untuk selesaikan masalah ini.
“Kami berdua serahkan dan doakan yang terbaik. Macam saya cakap, perceraian adalah jalan terakhir. Kami berdua pernah melalui fasa itu jadi apa pun, kita mahu yang terbaik,” katanya.
Untuk info, mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl, enam tahun.
Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang anak, Putra Rayqal, 15 tahun sebelum bercerai pada 2008. -Gempak
Gempak
Mon Apr 29 2024
NORA: Apa yang berlaku, tiada kena mengena dengan orang ketiga, lebih kepada persefahaman masing-masing. -Gempak
Perolehan dagangan Rusia-China catat rekod baharu AS$240 bilion
Putin berkata, jumlah perdagangan keseluruhan secara tepat mencerminkan hubungan ekonomi yang kukuh antara kedua-dua negara.
Seleweng dana RM1.2 bilion: Bekas CEO badan berkanun pula direman
Seorang lagi suspek ditahan menjadikan tiga individu direman bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana peruntukan pinjaman daripada Kementerian Kewangan.
Kerajaan cuba pastikan satu peranti untuk satu pelajar - Zahid Hamidi
Kerajaan akan cuba memastikan setiap pelajar dan murid dibekalkan dengan sebuah peranti bagi memudahkan kaedah pembelajaran secara digital, kata Ahmad Zahid.
Siasatan berhubung dakwaan peminjam koperasi disenarai hitam sedang dijalankan - Ewon
Siasatan berhubung dakwaan peminjam sebuah koperasi disenarai hitam oleh bank walaupun sudah melangsaikan hutang sedang dijalankan.
RM2 juta rancakkan program JEJAK tahun ini, persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026
Sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi bantuan insentif program JEJAK sebagai sokongan awal menggerakkan koperasi yang terlibat dalam sektor pelancongan.
Pusat Rawatan TH dapat pengiktirafan Arab Saudi tiga tahun berturut-turut
Pusat Rawatan TH itu adalah pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama di Arab Saudi yang mendapat kelulusan berkenaan.
Istiadat Pertabalan YDP Agong pada 20 Julai, sambutan Hari Keputeraan pada September
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan dilangsungkan pada 20 Julai akan datang.
Brazil komited bekerjasama dengan Jakim dalam pembangunan halal
Badan pensijilan halal Brazil, Fambras Halal optimis Malaysia akan sentiasa menjadi peneraju dalam industri halal di peringkat global.
Wai Ching mahu 'tawan' Merdeka 118, pecah Rekod Dunia Guinness
Wai Ching bercadang untuk melawat menara Merdeka 118 pada Julai bagi mengenal pasti jumlah langkahan yang perlu dilakukan untuk lengkapkan larian.
WHO luluskan vaksin denggi baharu TAK-003
TAK-003 merupakan vaksin lemah hidup yang mengandungi versi lemah dari keempat-empat serotip virus yang menyebabkan denggi.
Tak tinggal sebumbung, Nora Danish akui rumah tangga bergolak
Nora mengakui rumah tangga yang dibina tujuh tahun lalu goyah, namun mereka berdua sedang berusaha untuk menangani kemelut tersebut.
Amir Ahnaf, Nora Danish bintangi filem seram Indonesia 'The Parcel'
Misteri berlaku apabila Radha menerima satu kiriman bungkusan tanpa nama dan alamat yang jelas. Atas rasa ingin tahu, Radha membuka kiriman berkenaan.
Pakai jubah, tudung pemberian Siti Sarah, netizen doakan Nora Danish istiqamah
Penampilan Nora yang sopan dan sederhana itu mendapat pujian daripada netizen.
'Anis ada selagi tidak mati' - Nora Danish kembali dalam Polis Evo 3
Kini selepas lapan tahun, Nora kembali menghidupkan watak Anis.
"Alhamdulillah saya sihat, tidak dijangkiti COVID-19" - Nora Ariffin
"Mungkin ada yang keliru antara nama saya dengan Nora Danish." - Nora Ariffin
Nora Danish, Tiz Zaqyah positif COVID-19
Kedua-dua pelakon itu dimaklumkan mengenai keputusan ujian saringan positif oleh pihak hospital pada Ahad pagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 15 September 2020.
Mujur Nora Danish selamat...
Mujur pelakon popular, Nora Danish tidak terlibat dalam sebarang kejadian yang tidak diingini selepas berjam-jam terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Tapah - Cameron Highlands pada Selasa
'Bukan mahu menyindir, tapi ...' - Isu kulit, ini penjelasan Altimet
Penyanyi dan komposer Altimet mengakui tidak mempunyai niat untuk menyindir mana-mana pihak mengenai isu kulit yang diperkatakan di platform media sosial miliknya.
TAMANZ tersingkir kerana perbezaan tipis, ini markah penuh minggu keenam Muzikal Lawak Superstar
Mungkin tiada rezeki buat Tamanz...