Platform Netflix baru merilis trailer musim kedua siri fenomena dunia, Squid Game.

Menerusi trailer dua saat yang ditayangkan, penonton diperlihatkan dengan pembabitan para pelakon lama termasuk sebelum beberapa karakter baharu diperkenalkan.

Ia adalah aktor Kang Ha Neul, Park Sung Hoon, Im Si Wan dan Yang Dong Geun yang akan menguatkan filem arahan Hwang Dong Hyuk itu.

Sementara itu pelakon lama seperti aktor veteran Lee Jung Jae akan mengulangi peranannya sebagai Seung Gi Hun. 

Lee Byung Hun juga akan mengulangi lakonan hebatnya sebagai front man di Squid Game 2 manakala Wi Ha Joon mendapat akan kembali sebagai seorang polis bernama Hwang Jun Ho.

Dong Hyuk pula mengatakan tidak terburu-buru menggarap sekuel siri tersebut malah tarikh tayangannya juga belum diumumkan. - Gempak