Tayangan filem 'On The Street Of London' serap mesej integriti

Filem arahan Azrain Ariffin ini dipilih IIM dengan harapan agar lebih ramai penggiat seni memilih mesej integriti, kejujuran dan defisit kepercayaan dalam karya mereka. - Foto Facebook
Institut Integriti Malaysia (IIM) menayangkan filem pendek 'On The Street Of London' pada Malam Seni Integriti dalam usaha membawa wadah dan kefahaman mengenai integriti kepada rakyat khususnya golongan muda.
Program yang berlangsung pada Jumaat itu, sudah bermula sejak Jun lalu dan merupakan pendekatan terbaru IIM dalam melihat medium seni dan hiburan sebagai pilihan popular dan mudah difahami masyarakat.
Menurut jurucakap IIM, Zubayry Abady Sofian, filem arahan Azrain Ariffin ini dipilih dengan harapan agar lebih ramai penggiat seni memilih mesej integriti, kejujuran dan defisit kepercayaan dalam karya mereka.
Selain penayangan filem, Malam Seni Integriti IIM yang berlangsung setiap bulan ini bakal mengadakan pelbagai acara kesenian seperti pembacaan sajak, puisi dan nyanyian yang bermesejkan integriti dari karyawan tempatan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

