awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kematian Suri: Keluarga pertimbang lantik peguam pemerhati
Malaysia catat jualan eksport RM45.4 bilion daripada misi perdagangan PM 2025
AS naikkan duti import kenderaan bermotor, tarif timbal balas ke atas Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tayangan 'Mulan' ditangguh lagi

Agensi
Agensi
27/06/2020
13:00 MYT
Tayangan 'Mulan' ditangguh lagi
Mulan sepatutnya ditayangkan Mac lalu. - YouTube/Disney
WALT Disney Co sekali lagi menangguhkan tayangan filem live-action dinanti ramai, Mulan, ke 21 Ogos depan, umum syarikat itu dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Ia menjadi satu tamparan hebat kepada pengusaha panggung wayang yang mahu filem blockbuster berkenaan menarik penonton untuk datang menonton biarpun dunia masih bergelut dengan wabak COVID-19.
Mulan sepatutnya ditayangkan Mac lalu namun ditangguhkan ke 24 Julai susulan perintah berkurung yang dijalankan kebanyakan negara.
"Walaupun situasi semasa memaksa tayangan Mulan ditangguhkan sekali lagi, tetapi kami tetap percaya tarikannya tidak terjejas kerana kekuatan filem ini dan mesej yang dibawa," kata pengerusi bersama Walt Disney Studios, Alan Horn dan Alan Bergman.
Filem Mulan lakonan Liu Yifei itu merupakan remake versi animasi klasik Disney, membabitkan kos pembikinan AS$200 juta (RM858 juta).
Selain Mulan sebuah lagi filem yang diharapkan mampu menarik orang ramai ke panggung wayang ialah Tenet arahan Christopher Nolan, namun ia juga dikhabarkan ditangguhkan ke Ogos.
Topic Berkaitan
#Disney
#filem
#Mulan
#panggung wayang
#Tenet
#Walt Disney Co
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan