awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Nasib bangsa bila rambut ditarik orang' - Syed Ali
Indonesia, AS capai persetujuan perdagangan, Prabowo dijangka meterai perjanjian dengan Trump Jan ini
Belanja RM25,000 hiasi rumah, salji buatan untuk kongsi kegembiraan sambut Krismas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taylor Swift cipta sejarah, artis pertama ungguli 10 tangga carta Billboard 100

Fahmi Izuddin
Fahmi Izuddin
01/11/2022
02:10 MYT
Taylor Swift cipta sejarah, artis pertama ungguli 10 tangga carta Billboard 100
Taylor Swift mendominasi 10 tangga carta Billboard 100 menerusi album terbarunya Midnights. - Foto fail/REUTERS
PENYANYI Amerika Syarikat, Taylor Swift memecah rekod apabila menjadi artis pertama mendominasi 10 tangga carta Billboard 100 menerusi album terbarunya Midnights.
Pemenang 11 anugerah Grammy itu menjadi artis pertama merangkul kejayaan tersebut dalam sejarah 64 tahun penubuhan carta Billboard.
Memetik kenyataan rasmi Billboard, penghibur itu menjadi artis paling banyak distrim Spotify dalam tempoh 24 jam selepas album itu dikeluarkan awal bulan ini, kini mendominasi kesemua sepuluh 10 slot teratas Billboard Hot 100 pada masa yang sama.
Swift mengatasi rekod yang sebelum ini dipegang oleh penyanyi Rap Drake yang pada September 2021 merangkul sembilan daripada 10 tempat teratas Hot 100 selama seminggu.
Mengungguli senarai Billboard, lagu Anti-Hero menduduki carta teratas selaku single utama album Midnights.
Sembilan slot yang lain juga turut digenggam oleh album tersebut termasuk lagu Lavender Haze dan Karma.
Sebagai rekod, Midnights merupakan album kesepuluh Swift yang dikeluarkan pada 21 Oktober lepas susulan pengumuman mengejut yang dilakukannya sewaktu memenangi Muzik Video terbaik di anugerah Video Music Awards (VMA) ogos lalu.
Midnights memulakan debut di bahagian teratas carta album Billboard 200 dengan rekod penstriman terbesar pada minggu pertama bagi sebuah album mengatasi album 25 oleh penyayi Britain, Adele pada 2015.
Topic Berkaitan
#Taylor Swift
#carta billboard
#Billboard 100
#Midnights
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan