awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teater Muzikal Sinbad gabung 50 artis dipentaskan hingga 27 April

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
14/04/2014
02:03 MYT
Teater Muzikal Sinbad gabung 50 artis dipentaskan hingga 27 April
Teater Muzikal Sinbad oleh The Actor Studio yang bakal menemui penonton April ini merupakan gabungan kerjasama 50 penyanyi, pelakon, penari serta pemuzik antarabangsa dan tempatan.
Ini merupakan kolaborasi seni terbesar antara artis Malaysia dan artis dari Australia.
Paling menarik, kesan khas seakan sebenar yang dibawakan dalam babak karpet terbang, Genie si Jin dan aksi magis bakal memukau penonton.
Sementara itu, Joe Hasham OAM selaku Pengarah Seni berkata,18 lagu terbaik akan dimuatkan di dalam teater ini.
“Sinbad mempunyai jalan cerita yang menarik dan akan diadun dengan 18 lagu-lagu 'catchy' bersama gabungan pelakon berbakat dan berpengalaman. Ini adalah produksi terbesar kami setakat ini” katanya.
Manakala, menurut salah seorang pelakon utama dari Australia Ric Herbert, Sinbad punya kelainannya yang tersendiri.
Teater ini akan dipentas penuh warna-warni ala Broadway sesuai untuk tontonan seisi keluarga pada 11 sehingga 27 April ini di Pentas Seni KL atau Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC).
Tiket serendah RM40 boleh didapati secara online di www.theactorsstudio.com.my, www.klpac.org atau www.penangpac.org.
Topic Berkaitan
#Joe Hasham OAM
#KLPac
#Teater Muzikal Sinbad
#The Actor Studio
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan