Komplikasi yang harus ditanggung oleh tiga beradik yang dibentukkan berbeza oleh suatu sistem yang dalam cerita ini disebut sebagai Bapak. Watak Helium Si Gas Nadir, Maseh Dara., dan Ptuih! mewakili watak masyarakat dunia yang telah terdidik sewajarnya sebagaimana kemahuan sistem tersebut.
Skrip yang membawa penonton berfikir amat kurang dalam persada teater negara dan membawa risiko yang besar dalam menarik minat pembeli-pembeli tiket namun Rumah Anak Teater mengambil cabaran tersebut atas kepercayaan kepada naskah “SuperPTUI! & Transit Kaler Magenta” karya Wan Azli Wan Jusoh.
“Cukup-cukuplah kita dibanjiri dengan skrip-skrip melankolik dan separa muzikal”, kata penerbit eksekutif Faisal Mustaffa.
“Penonton perlu bersedia untuk menerima pertunjukan yang membawa mereka berfikir dan berani mengkritik di akhir pementasan. Bukan terkesima dengan tarikan pementasan yang menonjol pelakon pujaan mereka di atas pentas mahupun persembahan muzikal”, tambah Faisal lagi.
Walaupun tidak memohon sebarang bentuk dana dan sengaja tidak memaparkan selebriti dalam projek teater terbarunya, Faisal percaya teater sebegini harus diberi pendedahan. Faisal juga berkata penonton di luar Lembah Klang juga berhak untuk menonton teater-teater sebegini secara langsung.
SuperPTU! & Transit Kaler Magenta bakal dipentaskan di Panggung Pelanggang Cahaya, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang pada 12-14 Disember 2014 akan datang dan dibarisi pelakon-pelakon seperti Botak Alhakeem (Ptuih), Rosmi Fazreen (MasehDara.) dan Fandi Che Hisham (Helium Si Gas Nadir). Ia diarahkan oleh Wan Azli Wan Jusoh yang juga merupakan penulis kepada naskah tersebut.
Naskah yang sama juga telah dirancang untuk dipentaskan di PJLiveArts pada 5-7 Februari 2015 dan dalam perbincangan untuk mementaskannya di Jakarta.
Menurut Faisal, pementasan 5-7 Februari 2015 telah pun dipersetujui manakala pementasan di negara luar masih dalam peringkat perbincangan.
Naskah yang pernah dipentaskan pada 2006 dahulu menceritakan mengenai percubaan memecahkan Sindrom Stockholm yang membelenggu dan dibungkus dengan simbolisme. Teks ini cuba memberitahu bahawa mereka (kesemua kita) adalah mangsa. Superptui! & Transit Kaler Magenta adalah sebuah konsekuensi.
Skrip ini juga akan diterbitkan sebagai bahan bercetak melalui syarikat penerbitan buku independen Merpati Jingga yang sebelum ini pernah menerbitkan buku skrip Aku Manusia Berdosa karya Nur Ahmad dan Laut Lebih Indah Dari Bulan karya NamRon.
Media Statement
Sun Dec 07 2014
Teater SuperPTUI!: Ludahan kepada sistem yang berbeza-beza
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
'SuperPTUI!': "Di mana" hero kebenaran?
Rumah Anak Teater mempersembahkan Superptui! Transit Kaler Magenta di PJ Live Arts pada 27 Februari 2015 hingga 1 Mac 2015.
Teater SuperPTUI!: Ludahan kepada sistem yang berbeza-beza
SuperPTU! & Transit Kaler Magenta bakal dipentaskan di USM Pulau Pinang pada 12-14 Disember 2014.
Superptui! & Transit Kaler Magenta kembali ke pentas selepas 10 tahun
Akhirnya setelah sepuluh tahun naskhah teater Superptui! & Transit Kaler Magenta dipentaskan kembali di Pulau Pinang & Petaling Jaya.