awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ted Lasso menang besar di Anugerah Emmy 2022

Faida Rahim
Faida Rahim
14/09/2022
04:15 MYT
Ted Lasso menang besar di Anugerah Emmy 2022
Ini merupakan kemenangan kedua bagi Ted Lasso selepas menang dalam kategori sama pada tahun lalu. -AP
LOS ANGELES: Anugerah Emmy 2022 menyaksikan drama komedi bersiri sukan, Ted Lasso untuk siaran Apple TV+ menang besar di malam kemuncak yang berlangsung di Microsoft Theatre, semalam.
Drama Ted Lasso lakonan Jason Sudeikis, Bill Lawrence, Brendan Hunt dan Joe Kelly ini turut meraih empat trofi termasuk Siri Komedi Terbaik, Pengarah Siri Terbaik (MJ Delaney), Pelakon Terbaik Komedi (Jason Sudeikis), dan Pelakon Pembantu Siri Komedi (Brett Goldstein).
Ini merupakan kemenangan kedua bagi Ted Lasso selepas menang dalam kategori sama pada tahun lalu.
Pelakon jelita Zendaya muncul sebagai pelakon wanita terbaik menerusi Euphoria manakala Julia Garner meraih trofi Pelakon Pembantu Terbaik menerusi Ozark.
Drama Succession ciptaan Jesse Armstrong dinobatkan sebagai Siri Drama Terbaik, The White Lotus (Siri Pendek Terbaik), manakala Penulisan Terbaik Dalam Siri Drama turut dimenangi Armstrong menerusi Succession.
Anugerah Emmy 2022 menampilkan Kenan Thompson sebagai pengacara utama dan turut dihadiri oleh ramai selebriti antaranya Micheal Keaton, Lizzo, Amanda Seyfried dan ramai lagi.
Senarai pemenang di Anugerah Emmy 2022
Pelakon Wanita Siri Komedi Terbaik Jean Smart - Hacks
Pelakon Lelaki Terbaik Siri Komedi Jason Sudeikis - Ted Lasso
Siri Komedi Terbaik Ted Lasso
Pelakon Lelaki Siri Antologi/ Filem Terbaik Micheal Keaton- Dopesick
Pelakon Wanita Siri Antologi/Filem Terbaik Amanda Seyfried - The Dropout
Pelakon Wanita Terbaik Siri Drama Zendaya - Euphoria
Pelakon Lelaki Terbaik Siri Drama Lee Jung Jae - Squid Game
Siri Drama Terbaik Succession
Pelakon Lelaki Tambahan Terbaik Siri Drama Brett Goldstein - Ted Lasso
Pelakon Wanita Tambahan Terbaik Siri Drama Sheryl Lee Ralph - Abbott Elementary
Pelakon Undangan Lelaki Siri Drama Colman Domingo - Euphoria
Pelakon Undangan Wanita Siri Drama Lee You-mi - Squid Game
Pengarah Drama Siri Terbaik Hwang Dong-hyuk - Squid Game
Topic Berkaitan
#Ted Lasso
#Anugerah Emmy 2022
#Los Angeles
#Microsoft Theatre
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan