awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terima banyak tawaran bukan tanda tamak, tapi rezeki - Fattah Amin

Gempak
Gempak
06/01/2017
14:18 MYT
Terima banyak tawaran bukan tanda tamak, tapi rezeki - Fattah Amin
Pelakon Fattah Amin menafikan dakwaan dirinya tamak apabila menerima banyak tawaran untuk menjadi duta produk. - Gambar Astro GEMPAK
Pelakon Fattah Amin menafikan dakwaan dirinya tamak apabila menerima banyak tawaran untuk menjadi duta produk.
Menurut Fattah, dia tidak menerima tawaran kerana tamak sebaliknya menganggap perkara itu sebagai rezeki.
“Bagi saya sebenarnya tak ada istilah tamak, dalam hidup ini saya rasa kalau kita pandai ambil peluang, bekerja keras dan percaya dengan rezeki, benda-benda itu yang menentukan sama ada kita berjaya atau tidak.
“Kalau asyik fikir terima tawaran kerja sebab tamak, perkara itu yang sebenarnya menyekat kita untuk terus maju ke hadapan,” katanya kepada Astro Gempak.
Dalam pada itu mengulas mengenai jadual kerjanya, Fattah memberitahu dia tidak mengalami sebarang masalah kerana mempunyai pihak pengurusan yang baik.
“Saya memang tak nafikan jadual saya memang sibuk tetapi dengan adanya team-team saya dan juga pihak pengurusan yang efektif, Alhamdulillah saya boleh uruskan dengan baik.
“Jadi saya rasa itu tidak menjadi satu masalah untuk saya,”ujarnya.
Dalam perkembangan terbaru, Fattah baru sahaja melancarkan single terbaharunya, Wanita Terakhir selain menjadi duta produk A/J DE’ Parfum x Fattah Amin dan Oppo Malaysia.
Topic Berkaitan
#A/J DE Parfum x Fattah Amin
#Fattah Amin
#Oppo Malaysia
#Wanita Terakhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan