PENYANYI rap kumpulan iKON, B.I akhirnya mengaku bersalah di atas tuduhan membeli dadah ketika polis melakukan siasatan terhadap salah seorang pengedar dadah di Korea.
B.I yang juga dikenali sebagai Hanbin terpalit dengan tuduhan tersebut pada 2016.
Dia membuat pengakuan dengan memuat naik kenyataan di laman Instagram peribadinya.
Serentak itu, artis yang bernaung di bawah label YG Entertainment itu mengumumkan penarikan dirinya daripada kumpulan iKON.
Berikut kenyataan B.I yang dimuat naik di laman Instagramnya:
“Ini ialah Kim Hanbin. Saya ingin memohon maaf kerana menyebabkan masalah dengan tingkah laku yang tidak sepatutnya.
"Memang benar saya mahu bergantung kepada perkara-perkara yang saya tidak sepatutnya saya lakukan pada masa lalu kerana saya mengalami situasi yang sukar. Tetapi saya tidak (melakukannya) kerana saya takut akan perkara itu.
"Walau bagaimanapun, saya sangat malu dan memohon maaf kepada semua peminat kami dan ahli kumpulan kami, yang sangat kecewa dan terluka oleh kata-kata dan tindakan saya yang silap.
"Saya dengan rendah hati mengakui kesilapan saya dan meninggalkan kumpulan ini. Saya dengan seikhlas hati memohon maaf sekali lagi kepada peminat dan ahli iKON. Maafkan saya,” jelasnya.
Sebaik pengumuman itu dibuat, YG Entertainment turut mengemukakan permohonan maaf terhadap kesilapan yang dilakukan B.I
“Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku ke atas artis label kami Kim Han Bin (B.I) yang menyebabkan kekecewaan.
“Kim Han Bin merasakan ia beban yang besar terhadap kesan isu tersebut dan dia memutuskan untuk menerima keputusan tarik diri itu daripada kumpulan dan penamatan kontrak. YG menyedari tanggungjawab dalam menguruskan artis kami. Kami secara ikhlas memohon maaf sekali lagi,” kata syarikat itu dalam kenyataan rasmi.
Kumpulan iKON yang terkenal dengan lagu sensasi “Love Scenario” kini tinggal enam ahli sahaja iaitu Jinhwan, Yunhyeong, Bobby, Donghyuk, Ju-ne dan Chanwoo selepas B.I angkat kaki daripada band berkenaan.
Agensi
Wed Jun 12 2019
"Kim Han Bin merasakan ia beban yang besar terhadap kesan isu tersebut dan dia memutuskan untuk menerima keputusan tarik diri itu daripada kumpulan dan menamatkan kontrak" YG Entertainment - Gambar Instagram @shxxbi131
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Terpalit dengan skandal dadah, B.I tinggalkan iKON
B.I atau dikenali sebagai Hanbin, mengumumkan penarikan diri daripada kumpulan iKON selepas dituduh terlibat dalam skandal dadah.