awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
APMM selamatkan tiga warga Indonesia terapung di laut dua hari
[TERKINI] Ketua Tentera Libya maut dalam nahas pesawat berhampiran Ankara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tetap diteruskan, AME 2020 berlangsung dalam norma baharu

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
01/12/2020
13:53 MYT
Tetap diteruskan, AME 2020 berlangsung dalam norma baharu
AME yang sudah masuk tujuh tahun penganjurannya akan dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
KUALA LUMPUR:Selepas berbulan-bulan menjadi tanda tanya, akhirnya penganjuran Anugerah Meletop Era (AME) 2020 tetap diteruskan dalam norma baharu.
Anugerah pilihan penonton itu yang sepatutnya berlangsung pada 21 April terpaksa ditangguhkan bagi mematuhi perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan pada 18 Mac lalu.
Menurut Ketua Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan dan Drama Astro, Raqim Ahmad, keputusan untuk meneruskan penganjuran AME 2020 adalah sebagai tanda terima kasih kepada peminat yang sentiasa memberi sokongan.
“Keputusan untuk meneruskan penganjuran AME 2020 adalah tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kepada peminat yang tidak pernah berhenti menyokong kami selama ini,” katanya dalam satu kenyataan media.
Pada masa sama, katanya bagi memastikan AME 2020 berjalan lancar, program ini akan dipantau sepenuhnya oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pihak berkuasa.
Bilangan tetamu jemputan untuk AME 2020 juga akan dihadkan, selain acara dijalankan tanpa kehadiran penonton termasuk kelab peminat, katanya.
AME yang sudah masuk tujuh tahun penganjurannya akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse pada 20 Disember, jam 9 malam di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.
AME 2020 juga boleh distrim menerusi perkhidmatan Astro Go dan On Demand.
Topic Berkaitan
#AME
#Anugerah Meletop Era
#norma baharu
#tanda tanya terjawab
#PKP
#Astro
#Ketua Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan dan Drama
#Raqim Ahmad
#Nabil Ahmad
#Jihan Muse
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan