awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thor: Love And Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia - GSC

Nabilah Khaleeda
Nabilah Khaleeda
28/07/2022
06:55 MYT
Thor: Love And Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia - GSC
Disney sahkan Thor: Love and Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia. - Marvel Studios
KUALA LUMPUR: Golden Screen Cinemas (GSC) mengumumkan filem yang ditunggu-tunggu ramai, Thor: Love and Thunder secara rasmi tidak akan ditayangkan di Malaysia.
Ia setelah Disney memutuskan untuk tidak menayangkan filem sekuel ketiga filem Thor itu.
"Dimaklumkan Disney telah mengemas kini bahawa filem Marvel Studios Thor: Love and Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia.
"Kami memohon maaf atas segala kesulitan dan menghargai kesabaran anda," kata GSC dalam satu kenyataan.
Pengumuman ini pastinya mengecewakan peminat-peminat tegar Marvel yang sebelum ni berteka-teki mengenai status tayangan filem adiwira itu selepas beberapa kali ditunda.
Filem Thor: Love and Thunder sepatutnya ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 7 Julai, namun ditangguhkan kepada tarikh baharu iaitu pada 21 Julai 2022.
Tidak lama kemudian pada 13 Julai GSC sekali lagi membuat pengumuman penundaan tarikh tayangan kepada tarikh yang masih lagi belum ditetapkan atau To Be Announced (TBA).
Terdahulu, filem Lightyear juga dibatalkan tayangan dari pawagam seluruh Malaysia atas sebab Disney enggan mematuhi beberapa syarat termasuklah memotong beberapa babak yang menyokong golongan LGBT, menurut Lembaga Penapis Filem (LPF).
Topic Berkaitan
#GSC
#LGBT
#Marvel Studios
#Thor Love and Thunder
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan