awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada punca pendapatan, isteri lumpuh separuh badan... Rahmat Rabbani diduga

Gempak
Gempak
28/04/2020
02:00 MYT
Tiada punca pendapatan, isteri lumpuh separuh badan... Rahmat Rabbani diduga
Kehidupan keluarga Rahmat sebelum ini banyak bergantung kepada tawaran persembahan pentas bersama Rabbani semenjak lebih 20 tahun lalu. - Foto Astro GEMPAK
ANGGOTA kumpulan nasyid Rabbani, Ahmad Shafie atau lebih dikenali sebagai Rahmat Rabbani mengakui kehidupannya kini sukar, tambahan lagi selepas isteri tercinta Norazlina A. Rahman mengalami masalah strok.
Tidak mahu berkongsi cerita pada awalnya kerana bimbang dituduh meminta-minta, namun selepas dipujuk Rahmat akhirnya sudi berkongsi masalah hidupnya.
Rahmat berkata isterinya tidak lagi mampu menjalani kehidupan dengan sempurna sejak awal Mac lalu selepas doktor mengesahkan Norazlina mengalami kelumpuhan separuh anggota badan.
“Ini dugaan buat kami sekeluarga apabila saya juga semakin susah untuk bergerak kerana perlu menjaga isteri di rumah. Saya sendiri sudah tidak ada punca pendapatan apabila Rabbani tidak lagi dipanggil untuk membuat persembahan pentas semenjak awal tahun lalu.
“Sepanjang 2019 juga, persembahan sangat terhad dan lebih kepada persembahan berbentuk amal sahaja. “Dalam keadaan tidak ada pekerjaan dan kini isteri pula sakit, memang dugaan ini agak berat untuk kami sekeluarga,” kata Rahmat, berkongsi sedih.
Kehidupan keluarga Rahmat sebelum ini banyak bergantung kepada tawaran persembahan pentas bersama Rabbani semenjak lebih 20 tahun lalu.
Tambah Rahmat, keadaan semakin parah apabila tragedi pandemik COVID-19 melanda negara dan semua orang perlu duduk di rumah mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan bermula pertengahan Mac lalu.
“Sebelum ini kalau tak ada tawaran persembahan pun isteri turut membantu ekonomi keluarga dengan berjualan masakan tradisi Terengganu, seperti nasi dagang dan laksam.
“Tapi sekarang keadaan berubah 100 peratus apabila dia sendiri sudah tidak berupaya dan saya pula tidak boleh ke mana-mana untuk mencari rezeki buat menampung belanja keluarga,” katanya.
Katanya, isteri memerlukan kos sebanyak RM1,500 sebulan bagi keperluan ubat-ubatan, pampers dan keperluan lain.
Mereka yang ingin membantu meringankan beban Rahmat dan isteri boleh terus menyalurkan sumbangan ke akaun Ahmad bin Shafie: 564276050533 (Maybank).
Topic Berkaitan
#Ahmad Shafie
#lumpuh
#Norazlina A Rahman
#persembahan amal
#punca pendapatan
#Rabbani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan