Setelah menerima banyak mesej dan soalan daripada peminatnya mengenai kehamilan anak kembarnya, akhirnya pelakon Zizie Ezette tampil menjawab persoalan tersebut.

Menerusi akaun Instagram (IG)nya, Zizie memberitahu dia tidak keberatan untuk berkongsi petua diamalkan.

Namun Zizie mendedahkan dia sebenarnya tidak melakukan sebarang rawatan kesuburan dan hamil secara semula jadi.

Bagaimanapun, dia menasihati semua ibu-ibu yang mahu hamil atau hamil anak kembar teruskan usaha dan jangan berputus asa.

"Ramai yang masih DM (direct message) dan bertanya petua mengandung dari saya dan jika saya ada makan ubat subur atau supplement untuk hamil.

Saya tidak keberatan dan apatah lagi malu untuk share kalau ada.

Saya conceive naturally tanpa sebarang rawatan apa-apa.

Semua kuasa Allah.

Sebelum ni pun doktor tidak pernah diagnos saya dengan apa-apa masalah utk hamil, cuma saya percaya mungkin waktu tu rezeki masih belum ada.

To those who are still trying to conceive, saya harap jangan berputus asa.

Kita plan, Allah pun dah plan utk kita juga.

Jangan berhenti berdoa & berusaha.
Semoga Allah makbulkan doa-doa kalian."


Zizie mengahwini Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, 58, pada 2009.

Pasangan ini mempunyai seorang anak angkat, Nayla Nurjenna berusia dua tahun.