awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak senang dengan lagu 'Formation', protes anti-Beyonce di New York Selasa ini

Syafique Shuib
Syafique Shuib
11/02/2016
10:37 MYT
Tidak senang dengan lagu 'Formation', protes anti-Beyonce di New York Selasa ini
Walapun mendapat pujian ramai, namun persembahan Beyonce dikritik hebat kerana dianggap membawa mesej anti-polis.
NAMPAKNYA tidak semua menyenangi persembahan lagu 'Formation' nyanyian Beyonce di pentas Super Bowl pada Ahad lalu.
Ini kerana ada pihak bakal menganjurkan protes pada Selasa ini kerana menganggap lagu dan persembahan Beyonce mempunyai mesej anti-polis dan berbaur perkauman.
Menurut laman web Event Brite, protes itu akan berlangsung selama sehari pada Selasa bertempat di ibu pejabat NFL di New York.
“Mari kita bersatu dan memberitahu NFL bahawa kita tidak mahu bertolak ansur dalam mesej kebencian dan perkauman di Super Bowl lagi,” kata penganjur yang tidak mendedahkan identitinya.
Sementara itu, antara yang mengkritik persembahan Beyonce adalah bekas datuk bandar New York Rudy Giuliani.
"Saya fikir ia benar-benar keterlaluan apabila dia menggunakan platform (Super Bowl) untuk menyerang pegawai polis, yang merupakan anggota yang melindunginya dan melindungi kita semua," kata beliau, dipetik dari The Huffington Post.
BACA: Hampir tersungkur ketika persembahan, Beyonce tetap memukau!
Persembahan Beyonce berlangsung sehari selepas beliau melancarkan single dan muzik video terbarunya.
Malah muzik video lagu berkenaan turut mempunyai rujukan kepada keganasan oleh polis terhadap mereka yang berkulit hitam dan video menampilkan sebuah dinding yang mempunyai mesej bertulis, “Berhenti menembak kami.”
Walaupun garis masa Twitter penuh dengan hashtag #BoycottBeyonce namun para peminat setia penyanyi itu menggunakan hashtag itu untuk menyuarakan sokongan mereka.
She's an artist. She's a human with an opinion. If you don't agree with her art/opinion, don't #BoycottBeyonce, just don't buy her album.
— AFBraggins (@AFBraggins) February 11, 2016
It seems Iike the #BoycottBeyonce campaign's a way of getting attention. There's nothing racists about the #Formation video. #GetInFormation
— Vela #Mr_Exx Xanko (@Khosi4v) February 11, 2016
#boycottbeyonce is a real thing? Y'all need to find something else better to do or get in #formation. /p>— Victoria C. Beaty (@victoriachantel) February 11, 2016
Beyoncé used her celebrity 2 highlight #blacklivesmatter and people want to #BoycottBeyonce? Ridiculous.Good for her for using her platform!
— Bobby Hall (@BobbyTBD) February 9, 2016
#BoycottBeyonce is literally just an excuse for all you crusty white people to be more racist than you are on a normal day. Stay mad, uglies
— Erika (@iamskysailor) February 8, 2016
Acara Super Bowl berlangsung di Levi's Stadium, Santa Clara di California pada Ahad.
Ia menyaksikan pertembungan dua gergasi futbol Amerika, Denver Broncos dan Carolina Panthers.
Topic Berkaitan
#Beyonce
#formation
#isu perkauman
#Rudy Giuliani
#Super Bowl
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan